Filem Netflix Army of the Dead merupakan salah satu filem yang admin tunggu-tunggu, sebahagian besar kerana hype yang dicanangkan di media sosial mengenai filem arahan Zack Snyder ini. Tambahan pula file Justice League Snyders Cut yang menerima sambutan baik masih hangat di ingatan penonton (admin belum sempat tengok lagi). Admin berpeluang menonton filem ini pada hujung minggu lepas dan berikut pendapat admin mengenainya.
Army of the Dead – Filem Zombie Dengan Sedikit Kelainan [Review]
Army of the Dead mengisahkan Las Vegas yang telah bertukar menjadi bandar zombie, selepas diserang seekor makhluk zombie telah terlepas dari jagaan tentera yang sedang dalam proses penghantaran makhluk tersebut ke fasiliti kerajaan yang lain. Konvoi tentera itu menemui kemalangan menyebabkan kontena yang menempatkan makhluk zombi itu terbuka, seterusnya membebaskannya.
Pihak tentera telah mengepong keseluruhan bandar tersebut supaya zombie-zombie tidak terlepas ke dunia nyata.
Tidak berapa lama selepas itu, seorang ahli perniagaan Jepun menemui Scott Ward (Dave Bautista) untuk menawarkannya satu tugasan lumayan untuk membawa pulang wang berjuta dollar dari sebuah peti simpanan di bawah kasino di Las Vegas sebelum tentera Amerika menjatuhkan bom nuklear ke atas bandar itu. Beliau kemudian mengumpulkan pasukan tentera upahannya untuk menjalankan tugasan tersebut.
Adakah beliau akan berjaya dalam tugasan ini? Tontonlah filem ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.
Review
Filem Army of the Dead tidak membuang masa menceritakan kisah bagaimana bandar Las Vegas menjadi bandar zombie dengan terperinci, sebaliknya Zack Snyder dengan bijaknya memampatkan kisah tersebut dalam babak pembukaan dalam 15 minit pertama. Teknik pengarah tersebut sangat menjadi dalam menceritakan satu kisah panjang dalam beberapa minit sahaja. Walhal beliau boleh membikan satu filem penuh dengan kandungan babak pembukaan itu.
Tetapi itu bukan kisah yang hendak diceritakannya. Jalan cerita utama filem Army of the Dead ini sedikit berbeza dari filem-filem zombie lain. Secara asasnya ia seperti filem Peninsular, di mana kumpulan protagonis pergi ke Las Vegas (kawasan zombie) untuk membawa pulang wang yang terbiar, tetapi apa yang membezakannya dengan filem Peninsular adalah zombie ini mempunyai heirarki kepimpinan dan mereka bukan makhluk yang tiada kepintaran. Ketuanya adalah makhluk zombie yang terlepas dari jagaan tentera.
Pengolahan jalan ceritanya dibuat dengan baik dan secara umumnya menghiburkan. Sungguhpun demikian, ia tidaklah boleh dikatakan begitu memberangsangkan. Jalan ceritanya dibikin dengan baik, cuma jalan ceritanya itu bukanlah suatu yang innovatif atau di luar jangkaan.
Plihan pelakon pula baik dan watak-wataknya memang mempunyai karakternya tersendiri, cuma apa yang akhirnya berlaku kepada watak-watak tersebut pada akhirnya agak mengecewakan. Babak aksinya menarik dan lawak jenakanya tidak keterlaluan.
Keimpulannya filem Army of the Dead merupakan sebuah filem zombie dengan kelainan, namun kelainan tersebut tidaklah begitu memberangsangkan. Walaubagaimapun, filem ini sangat menghiburkan sepanjang admin menontonnya, cuma bukanlah di peringkat awesome.
Positif vs Negatif
Positif
- Jalan cerita yang mudah difahami dan santai
- Filem dibikin dengan baik dari segi perkembangan ceritanya dan mempunyai babak aksi yang mendebarkan
- Watak-watak dan pelakon yang berkaliber
Negatif
- Bukanlah satu cerita yang super awesome
- Kesudahan yang klise
Penilaian
Jalan cerita – 7/10
Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10
Nilai hiburan – 7/10
CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10