Eden – Anime Futuristik Untuk Kanak-Kanak? [Review]

Eden merupakan salah satu siri anime Netflix yang dipromosikan di media sosial tidak lama dahulu. Admin yang tertonton trailer anime tersebut kini tergerak untuk menontonya di Netflix. Berikut adalah pendapat admin mengenainya.

Eden

Eden – Anime Futuristik Untuk Kanak-Kanak? [Review]

Eden mengisahkan bumi yang kini ditadbir dan diuruskan oleh robot dan tiada lagi dihuni oleh manusia. Satu hari, sepasang robot pekerja pengutip epal telah menjumpai satu pod di bandar Eden 3 di mana terdapat seorang bayi di dalamnya bernama Sara Grace. Bertindak melawan program mereka, robot-robot tersebut telah menyorokkan dan membesarkan Sara. Mengikut undang-undang robot, manusia yang dijumpai perlu dihapuskan kerana mengikut sejarah, manusia mendatangkan kerosakkan.

Siri 4 episod ini menceritakan mengenai perjalanan Sara Grace dalam menemui kisah sebenar di sebalik hubungan manusia dan robot. Tontonlah siri anime ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.

Eden

Review

Pertama sekali, siri ini dikelasifikasikan oleh Netflix untuk umur 7 tahun ke atas. Oleh kerana itu, anda mungkin boleh menjangkakan tahap kesesuaian anime ini. Ia berada di tahap Bayblade atau Pokemon. Namun, setelah menonton keseluruhannya, admin boleh mengesahkan bahawa remaja belasan tahun pun sesuai menonton siri anime ini.

Berbalik kepada review, admin sebenarnya agak pelik siri anime ini mempunyai hanya 4 episod setengah jam. Setelah menonton keseluruhan siri ini admin berpendapat siri ini mencapai matlamatnya untuk menceritakan sebuah kisah futuristik, tetapi admin merasakan seolah-olah terdapat 3-4 episod di tengah-tengah yang telah dikeluarkan dari siri ini. Dengan kata lain bahagian isi kandungan utamanya tidak dihuraikan dengan lengkap. Banyak lagi perkara boleh diceritakan dengan menambah 3-4 episod di bahagian tengah siri ini untuk menjadikannya lebih menarik.

Satu lagi opsyen adalah untuk menjadikan siri ini sebuah filem 2 jam, jika pembikinnya tidak mahu menambah 3-4 episod pun. Namun admin berasa pembikin siri ini memang mahu membuat siri anime yang lebih panjang, tetapi atas sebab tertentu mereka hanya berjaya membuat 4 episod. Mungkin kekangan bajet. Dan satu kesan sampingan pemendekan siri ini adalah ia dikelasifikasikan untuk penonton 7 tahun ke atas dan bukan remaja. Jalan ceritanya cukup ringkas untuk dihadam oleh penonton berumur 7 tahun.

Admin juga berasa klasifikasi ini bersesuaian dengan kandungan yang siri anime ini yang tidak mempunyai babak yang terlalu ganas atau terlalu berat yang biasa dilihat dalam genre anime ini. Babak berlawan menggunakan robotnya juga hanya berlangsung 2-3 minit sahaja dan tidak memberi pengaruh buruk kepada penonton kanak-kanak.

Kesimpulannya, siri anime Eden merupakan sebuah siri anime untuk kanak-kanak dan remaja yang mudah dicerna dan menghiburkan. Cuma ia mungkin tidak mencapai standard golongan dewasa dan mungkin golongan dewasa akan lihat pelbagai kelompongan dalam jalan ceritanya.

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang mudah dicerna dan menghiburkan bagi penonton sasarannya
  • Animasi 3D yang kemas

Negatif

  • Lebih baik dijadikan sebuah filem 2 jam berbanding siri 30 min dengan 4 episod
  • Terlalu simple untuk golongan dewasa.

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10

Nilai hiburan – 7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10

Netflix

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *