Vanguard – Filem Tahun Baru Cina Tertunda [Review]

Vanguard merupakan salah satu filem yang ditangguhkan tayangannya di pawagam akibat COVID-19 dan menambahkan lagi kepada keterukan situasinya, filem tersebut merupakan filem khas Tahun Baru Cina di mana kandungannya memang dibuat khas untuk perayaan tersebut. Jadi apabila ia mula ditayangkan sejak semalam, tidak hairanlah banyak media sosial mula membuat meme mengatakan Selamat Tahun Baru Cina sempena tayangan semula filem tersebut. Kami sempat menonton filem ini di pawagam dan berikut merupakan pendapat kami mengenai filem tersebut.

Vanguard – Filem Tahun Baru Cina Tertunda [Review]

Vanguard merupakan sebuah organisasi keselamatan dari China yang berpangkalan di London. Ia ditugaskan untuk menjaga keselamatan rakyat China ketika berada di luar China. Tang Huating lakonan Jackie Chan merupakan ketua organisasi tersebut manakala Lei Zhenyu, Mi Ya dan Zhang Kaixuan merupakan agen mereka yang paling handal.

Qin Guoli pula adalah seorang akauntan yang bekerja untuk sebuah organisasi pengganas dan telah mendedahkan kedudukan ketua mereka kepada pihak Amerika yang kemudiannya telah mengebom dan membunuhnya. Kini anak kepada ketua pengganas itu yang bernama Omar ingin menuntut harta bapanya yang disorokkan oleh Qin. Mereka telah menculik Qin, namun diselamatkan oleh Vanguard. Kini mereka merancang untuk menculik anak perempuan Qin yang berada di Afrika. Adakah mereka akan berjaya atau mampukah Vanguard menghalangnya? Tonton lah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Vanguard

Review

Admin memang meminati filem Jackie Chan sejak kecil lagi. Filemnya penuh aksi, lucu dan menghiburkan. Namun, sejak Hong Kong diserahkan kembali kepada China, ia sedikit demi sedikit mempengaruhi industri perfileman Hong Kong, terutamanya 3-4 tahun kebelakangan ini. Malah Jackie Chan juga pada satu ketika pernah dikritik kerana terlalu pro-China. Dalam filem Vanguard ini juga kita boleh lihat unsur-unsur nationalism China menyelinap masuk ke dalam jalan ceritanya. Perkara ini pernah diulas secara mendalam oleh seorang Youtuber bernama Accented Cinema yang mengkritik filem-filem China kerana kurang menyerlahkan identiti China, sebaliknya cuba meniru filem aksi Hollywood dan gagal teruk. Tetapi, nasib baik unsur nationalism dalam filem ini tidaklah terlalu terus terang, jadi pononton tidaklah terlalu mennyampah dengan gelagat watak-wataknya.

Vanguard

Berbalik kepada review, jalan cerita filem ini adalah tipikal untuk sebuah filem aksi China masa kini. Cuba menampilkan hero dan heroin yang handsome dan comel sebagai tarikan, kemudian masukan babak-babak aksi dan lawak jenaka. Seperti kebanyakan filem asia, filem ini juga cuba mengetengahkan sebuah konflik antarabangsa, namun setakat ini, tidak banyak filem asia dapat mengetengahkan sebuah konflik antarabangsa dengan berkesan hingga boleh menandingi Hollywood. Holywood masih juara dalam filem mengenai konflik atau konspirasi antarabangsa. Memandangkan filem ini adalah filem Tahun Baru Cina, ia lebih cenderung kepada hiburan berbanding filem aksi yang serious.

Vanguard

Kekuatan utama filem ini adalah babak aksi yang mendebarkan. Babak tembak-menembak, khasnya, dibikin dengan baik, cuma babak-babak kejar-mengejar dengan kereta merupakan kegagalan CGI paling teruk dalam sejarah terdekat dan akan menjadi bahan jenaka untuk 7 keturunan. Anggapan admin adalah pasukan produksi ingin menjimatkan kos dengan menggunakan CGI kereta bagi menggantikan kereta sebenar dalam babak yang melibatkan kemusnahan kereta dan babak-babak sedemikian agak banyak juga. Babak-babak berlawan juga tidak kurang hebat juga dengan koreografi berlawan yang agak menarik.

Secara keseluruhannya, babak-babak aksi sahajalah yang menjadi sebab admin terus menonton filem ini sehingga tamat. Jalan ceritanya biasa-biasa sahaja, lakonan pula ada ketikanya agak pelik dan terdapat banyak babak-babak tak logik yang boleh menjadi bahan jenaka.

Positif vs Negatif

Positif

  • Babak aksi yang mendebarkan
  • Mudah difahami dan santai

Negatif

  • CGI yang boleh menjadi bahan jenaka untuk 7 keturunan
  • Banyak kelemahan kecil di dalam babak-babaknya

Kesimpulan

Kesimpulannya, filem Vanguard hanyalah untuk hiburan semata-mata. Tidak perlu diambil serious. Jalan ceritanya mudah difahami, tiada putara plot dan hanya memfokuskan kepada aksi. Tidak keterlaluan juga untuk mengatakan ia mengikuti struktur jalan cerita filem Jackie Chan yang lalu seperti siri filem Police Story, cuma jalan cerita filem Vanguard lebih mudah memandangkan ia untuk perayaan. Tiada siapa mahu stress di musim perayaan. Tapi itu tidakmengjutkan kerana pengarah filem ini adalah Stanley Tong, iaitu pengarah yang sama yang mengarah filem Police Story 3: Supercop yang difilemkan di Malaysia di awal 90an. Apa pun, kami rekomen anda menonton filem ini bersama sahabat atau keluarga jika berkesempatan.

Penilaian

Jalan cerita – 6/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 6/10

Nilai hiburan – 7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 7/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *