Unhinged – Thriller Mendebarkan Tapi Kurang Memberangsangkan [Trailer]

Sebenarnya minggu ini kami perlu memilih untuk menonton antara filem Mimaland atau Unhindge. Memandangkan Unhinged mempunyai diskaun khas untuk ahli TGV Movie Club, kami memilih unutuk menonton Unhinged. Kami menonton trailer Unhinge baru-baru ini dan ia telah menarik minat kami untuk menontonnya demi mengetahui kesudahan drama mendebarkan yang dilihat di dalam trailer tersebut. Jadi, di sini kami berkongsi pendapat kami mengenai filem ini.

Unhinged

Unhinged – Thriller Mendebarkan Tapi Kurang Memberangsangkan [Trailer]

Unhinged mengisahkan Rachel, seorang ibu tunggal yang dalam proses penceraian. Beliau adalah seorang yang kelam-kabut dan sering lewat ke temujanji. Satu hari, Semasa Rachel sedang menghantar anaknya Kyle ke sekolah, di lampu isyarat, beliau bertembung dengan seorang lelaki bernama Tom Cooper yang sedang mengalami depresi.

Kerana Tom tidak menggerakkan keretanya semasa lampu hijau, Rachel telah menekan hon. Tom kemudian mengekori kereta Rachel dan memintanya meminta maaf. Rachel tidak mahu meminta maaf menyebabkan Tom naik minyak dan mengekorinya sepanjang hari. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Tontonlah filem ini di pawagam.

Review

Sebaik saja bermula filem ini, penonton telah dipertontonkan kepada keganasan watak antagonis iaitu Tom Cooper di mana beliau telah membunuh majikan serta isterinya dan membakar rumah mereka. Malah dalam 30 minit pertama, penonton didedahkan kepada betapa hebatnya Russel Crowe sebagai seorang pelakon. Sekali pandang, anda boleh nampak seorang lelaki umur pertengahan yang mempunyai skru longar di kepalanya. Memang agak menakutkan (creepy).

Unhinged

Pada pendapat kami, mutu lakonan dua pelakon utamanya, protagonis dan antagonis, merupakan kekuatan utama filem ini. Dari segi jalan ceritanya, ia bukanlah filem thriller terhebat pernah admin tonton. Bagi admin, filem Hong Kong bertajuk Connected merupakan filem thriller pling mendebarkan pernah admin tonton. Admin rekomen anda tonton filem tersebut.

Berbalik kepada jalan cerita, filem ini agak pendek dengan jangkamasa tayangan 90 minit sahaja. Walaupun isi ceritanya sedikit, ia agak padat dan tidak terasa terlalu pendek. Sungguhpun demikian, pada pendapat kami, walaupun jalan ceritanya menarik dan penuh debaran, tidak banyak perkara yang luar biasa mengenainya.

 

Unhinged

 

Dengan kata lainfilem ini seperti filem-filem seram zaman sekarang. Orang biasanya menontonnya untuk mengalami “thrill” dikejutkan babak-babak seram. Cuma dalam filem ini penonton hanya menontonnya untuk menonton babak mendebarkan. Jalan cerita dan kisah latarbelakangnya tidak mempunyai keistimewaan.

Positif vs Negatif

Positif

  • Mendebarkan
  • Mengetengahkan isu kesihatan mental
  • Lakonan mantap pelakon utama

Negatif

  • Jalan cerita yang tiada apa-apa keistimewaan
  • Masa tanyangan agak pendek

Kesimpulan

Kesimpulannya, filem Unhinged sebuah filem yang mendebarkan, namun tidak banyak yang boleh dibanggakan dengan jalan ceritanya. Kami tidak yakin ia mempunyai banyak impak kepada penonton, selain terhibur untuk sementara waktu menontonnya. Tontonlah dengan rakan-rakan anda di pawagam kerana menontonnya seorang agak memboasankan.

Penilaian

Jalan cerita – 6/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 8/10

Nilai hiburan –7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 7/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *