Pengalaman admin menonton Deliver Us From Evil agak tidak straight forward. Admin pergi menontonnya di salah saebuah cawangan TGV di ibu negara, namun malangnya sedang kami menonton, projektornya pula rosak dan gambarnya tidak muncul. Jadi selepas sedikit rundingan mereka memilih untuk samada memberi refund atau tiket terbuka untuk sebarang filem. Refund akan mengambil masa seminggu, jadi admin memilih tiket terbuka dan admin kemudiannya menonton filem tersebut keesokkan harinya dan dapatlah kami memberikan review filem ini. Sekurang-kurangnya TGV ada SOP untuk apa yang perlu dilakukan dalam situasi begini. Jadi, semua penonton menerima refund/tiket terbuka tanpa berlaku kekecohan.
Deliver Us From Evil (2020) – Filem Korea Penuh Aksi
Deliver Us From Evil mengisahkan seorang pembunuh upahan yang telah bersara setelah menamatkan misi terakhirnya. Beliau mendapat berita buruk yang bekas teman wanitanya mati di Thailand dan menyiasat latarbelakang kematiannya. Beliau kemudian mendapati beliau mempunyai anak perempuan dengan bekas teman wanitanya tetapi telah diculik di sana. Tanpa disangka, beliau diburu oleh adik kepada sasaran yang beliau telah bunuh dalam misi terakhirnya.
Apakah beliau akan dapat menyelesaikan pembunuhan bekas teman wanitanya dan mencari anaknya? tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.
Review
Sebenarnya filem seperti filem Deliver Us From Evil ini, agak biasa dilihat di Holywood. Pembunuh upahan, mengambil misi terakhir dan misi itu lah yang menjadi masalah paling besarnya. Selepas itu beliau mendapati beliau ada anak bersama bekas teman wanitanya. Agak tipikal. Jadi pendek kata, jalan ceritanya bukanlah suatu yang baru atau unik.
Sungguhpun demikian, admin sukakan pacing filem ini di mana ia memastikan setiap peringkat penceritaan difahami penonton sebelum beralih ke peringkat seterusnya.
Babak lawan dan aksinya memang gempak. Pengarah menggunakan efek khas dalam babak berlawannya bagi menampakkan semua pukulannya lebih dahsyat dari biasa. Efek ini memang berkesan dan semua pukulan nampak sangat berimpak tinggi dan menyakitkan. Bercakap mengenai babak berlawan, filem ini memang banyak babak ganas, maklumlah, ia berkategori 18SG. Tetapi segala keganasan melampau tidak ditunjukkan dalam kamera.
Watak-wataknya dibina dengan agak baik, di mana semuanya ada cerita laterbelakangnya dan releven dalam jalan cerita filem ini. Amaran: terdapat seorang watak sokongan mak nyah yang membantu protagonis. Wataknya penting dan releven hingga ke penamat filem ini. Cuma mungkin watak anak perempuan protagnis sedikit kaku, tetapi boleh difahami memandangkan beliau hanya berumur 9 tahun dan wataknya sentiasa dalam keadaan PTSD sepanjang filem.
Secara keseluruhan, filem Deliver Us From Evil memang sebuah filem penuh aksi yang mendebarkan dan pada masa yang sama menyentuh jiwa melihat seorang bapa berusaha bersungguh-sungguh demi menyelamatkan anaknya, walaupun menghadapi cabaran yang tidak tertanggung. Memang berbaloi ditonton, walaupunjalan ceritanya bukan unik.
Positif vs Negatif
Positif
- Jalan cerita dan pacing yang baik.
- Aksi yang berimpak tinggi
Negatif
- Jalan cerita tidaklah unik
- Watak-watak boleh ditambahbaik.
Kesimpulan
Kepada peminat tegar filem aksi, filem ini sememangnya untuk anda dan memandangkan ia mempunyai unsur kekeluargaan, tidak salah juga untuk kaum hawa turut menonton filem ini dan admin yakin mereka pun akan berpuas hati dengan jalan ceritanya. Tetapi secara tidak langsung, filem ini mendedahkan sisi buruk Thailand di mana terdapat banyak kes penculikan dan pemerdagangan orang. Tetapi admin tidak pasti sejauh mana kebenarannya.
Penilaian
Jalan cerita – 7/10
Lakonan/Rekaan watak-watak – 8/10
Nilai hiburan –8/10
CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10












