Underwater – Sekadar Satu Siri Babak Mendebarkan

Musim filem reject, atau lebih dikenali dengan nama Januari, berterusan dengan sebuah lagi filem yang kurang dikenali atau dipromosikan, Underwater. Filem ini admin tidak tahu pun kewujudannya sehingga admin menonton trailernya beberapa minggu lepas. Team Wayangkini sempat menonton filem ini dan berikut adalah pendapat kami mengenainya.

Underwater – Sekadar Satu Siri Babak Mendebarkan

Filem Underwater mengisahkan sekumpulan anggota penyelidikan di makmal bawah laut yang terselamat apabila satu gempa bumi kuat meranapkan stesen dasar laut mereka di Marina Trench. Mereka mesti mencari jalan untuk menyelamatkan diri dan naik semula ke permukaan laut.

Ikuti perjalan mereka untuk menyelamatkan diri yang penuh dengan babak mendebarkan dengan menonton filem ini di pawagam berhampiran.

Review

Filem Underwater mendedahkan sangat sedikit tentang laterbelakang filem ini, tujuan sebenar syarikat Tian Industries (pemilik stesen bawah laut dalam filem ini) menggerudi dasar laut dan siapakah yang terlibat dalam operasi menggerudi dasar laut yang dipaparkan dalam filem ini. Apa yang ada di babak pembukaan adalah beberapa kenyataan-kenyataan mengenai filem ini. Apabila filem bermula, ia tidak membuang masa dan memasuki babak di mana gempa bumi melanda dan watak-watak protagonis terperangkap di bilik kawalan pangkalan dasar laut itu.

Kristen Stewart stars in Twentieth Century Fox’s “Underwater”.

Selepas itu, apa yang berlaku kami boleh gambarkan sebagai satu siri  babak-babak yang mendebarkan sehingga penamat dicapai. Apa yang kami maksudkan adalah filem ini tidak mempunyai satu jalan cerita yang meyakinkan. Malah makhluk-makluk ganjil yang ditemui mereka tidak sempat pun dikaji untuk mengetahui asal-usul atau latar belakangnya. Biasanya filem makhluk asing seperti Alien, apabila mereka menemui makluk ganjil, mereka akan sekurang-kurangnya membedah siasat makhluk tersebut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makhluk itu, kekuatannya dan kelemahannya dan sebagainya. Tetapi dalam filem ini, makhluk tersebut tidak langsung dikaji. Bermakna sepanjang durasi filem ini, penonton tidak mengetahui langsung mengenai latarbelakang makhluk asing yang menyerang protagonis.

Underwater

Pendek kata, jika anda inginkan sebuah filem raksasa yang mempunyai jalan cerita menarik, filem ini bukan yang anda cari. Tapi, tidak boleh dinafikan, babak mendebarkannya memang mendebarkan. Setiap saat anda berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana debar memikirkan di mana makhluk seterusnya akan muncul. Penonton di sebelah admin seperti tidak senang duduk di sepanjang durasi filem ini kerana debarkan babak mengejutkan yang seterusnya. Tambahan pula, kebanyakan filem ini berlangsung di dasar laut yang mempunyai air yang keruh dan walaupun disuluh lampu yang terang, seseorang itu hanya boleh melihat sejauh beberapa meter. Pada pendapat kami, situasi di mana kita tidak mengetahui atau dapat melihat makhluk tersebut adalah menjadi punca babak-babak mendebarkan itu sangat mendebarkan.

Underwater

Tetapi seperti yang dikatakan, itu sahajalah daya tarikan filem ini. Jalan cerita memang tidak begitu memberangsangkan, malah tiada laterbelakang mengenai makhluk berkenaan membuatkan filem ini terasa kosong dan hanya sekadar satu siri babak mendebarkan.

Positif vs Negatif

Positif

  • Babak-babak dan persekitaran filem yang begitu mendebarkan
  • Rekaan pakaian dan peralatan menyelam yang menarik
  • Rekaan prop dan set yang baik

Negatif

  • Tiada jalan cerita yang kukuh selain protagonis ingin menyelamatkan diri.
  • Tiada penerangan mengenai latarbelakang operasi dasar laut dan tujuan mereka berada di situ.

Underwater

Kesimpulan

Filem Underwater disasarkan untuk mereka yang ingin merasakan adrinaline rush hasil menonton babak-babak mendebarkan. Kerana akhirnya itu sahajalah kekuatan filem ini. Tidak pasti samada filem ini mempunyai sekual atau tidak kerana filem ini seolah ingin mempopularkan syarikat “Tian Industries”, seolah-olah syarikat ini akan memain peranan dalam satu universe tersendiri. Admin terfikir juga, adakah filem ini mempunyai kaitan dengan monster universe Kong Kong dan Godzilla? Itu admin tidak pasti. Apa pun, jika anda ada filem lain yang belum ditonton, tontonlah yang lain dahulu. Tontonlah filem ini hanya jika ada masa lapang.

Penilaian: 6/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *