Antarabangsa

The Mystery of The Dragon Seal: Filem Fantasi Antara Budaya

Admin telah menonton trailer filem The Mystery of The Dragon Seal lama dahulu. Sejujurnya trailernya pun nampak kurang menarik, namun admin berpeluang menonton filem ini baru-baru ini dan di sini admin ingin berkongsi pendapat mengenai filem pengembaraan ini.

The Mystery of The Dragon Seal: Filem Fantasi Antara Budaya

Filem The Mystery of The Dragon Seal mengisahkan pengembaraan seorang pembuat peta dan ahli sains British, Johnathan Green yang membuat peta di timur Russia dan kemudian terpaksa menujuk ke China. Di situ beliau terpaksa menghadapi puteri naga yang memperhambakan rakyatnya untuk kuasa. Sementara itu, seorang Tsar Russia berjaya melepaskan diri dari penjara Tower of London dengan tunang Johnathan Green dan berusaha mencari pembuat peta itu.

Apakah akan terjadi seterusnya? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Dragon Seal

Review

Apabila admin mula menonton filem ini, admin terasa agak pelik kerana filem ini seolah sambungan dari filem lain. Rupa-rupanya filem ini adalah sebuah filem Russia yang merupakan sekuel kepada filem bertajuk “Viy”. Kiranya filem ini adalah filem “Viy 2” di pasaran Russia. Ia diarahkan pengarah Russia Oleg Stepchenko. Dengan itu penyertaan Jackie Chan dan Arnold Schwarzenegger sedikit sebanyak hanyalah gimik untuk menarik minat penonton Asia dan negara barat.

Dragon Seal

Awal-awal admin ingin katakan, filem ini adalah filem pengembaraan yang sesuai untuk ditonton golongan kanak-kanak hingga remaja. Jika dulu semasa admin kecil, cerita-cerita dongeng dari Russia/negara bekas soviet selalu ditayangkan di TV semasa cuti sekolah, filem The Mystery of The Dragon Seal boleh dikatakan versi modern filem-filem begitu. Oleh itu, penonton tidak boleh mengharapkan aksi dan jalan cerita tahap filem dewasa.

Dragon Seal

Malah, jalan ceritanya agak berterabur. Admin sebagai dewasa, bergelut nak memahami plotnya, apatah lagi golongan remaja dan kanak-kanak. Namun, mungkin penonton muda ini bolehlah terhibur dengan aksi-aksi tahap remaja/kanak-kanak yang dipaparkan yang tidak kurang hebatnya. Memandangkan filem ini bertemakan negara China, maka banyaklah adegan kung-fu yang menarik dalam filem ini. Tetapi tidaklah sehebat filem-filem epic China.

CGI pula adalah satu elemen yang agak mengecewakan dalam filem ini. Kita telah tiba ke tahun 2020 dan tahap CGI yang dipaparkan dalam filem ini sepatutnya tidak wujud lagi. Admin pernah melihat kualiti CGI yang jauh lebih baik dalam filem Russia yang lain. Namun memikirkan bahawa filem ini adalah filem kanak-kanak, tahap CGI begini bolehlah diterima bagi sasaran penonton yang kurang cerewet.

Memang tidak dapat disangkal bahawa jalan cerita, lakonan dan kualiti CGI dalam filem ini disasarkan kepada penonton kanak-kanak. Itu pun, memandangkan jalan ceritanya agak kelam-kabut, tidak pasti samada golongan kanak-kanak dapat memahami apa yang terjadi. Namun, mujurlah filem yang asalnya dalam bahasa Russia, Inggeris dan Mandarin, telah dialih bahasa kepada hanya bahasa Inggeris dan Mandarin sahaja. Bagi seorang dewasa, mungkin filem ini sukar ditonton, namun mungkin bagi kanak-kanak dan remaja adalah lebih sesuai.

Positif vs Negatif

Positif

  • Sesuai untuk kanak-kanak dan remaja, tak ada babak yang terlampau ganas
  • Ada jugalah jalan cerita yang OK, jika penonton mengikuti filem ini dengan teliti

Negatif

  • CGI yang kurang meyakinkan
  • Jalan cerita yang kurang teratur

Dragon Seal

Kesimpulan

Selepas menonton filem The Mystery of The Dragon Seal, sukar untuk kami merekomennya kepada penonton dewasa, namun jika anda membawa anak-anak berumur 10-16 tahun, mungkin juga mereka akan terhibur menonton filem. Sungguhpun demikian, kami berasa filem ini lebih sesuai dijadikan filem dalam Netflix atau iFlix memandangkan ia tidak cukup menarik untuk ditayangkan dalam pawagam.

Penilaian: 5/10

IMDB

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The Latest

To Top