Teenage Mutant Ninja Turtles [Review]

Bagi mereka yang membesar pada tahun 90-an tentunya mengenali siri kartun Teenage Mutant Ninja Turtles dan siri filemnya yang kurang berjaya sebelum ini. Kali ini Michael Bay mengarahkan filem Teenage Mutant Ninja Turtles terbaru ini. Ramai yang skeptik dengan kebolehannya untuk mengarahkan filem kanak-kanak, namun mungkin kebolehannya diperlukan untuk memberi nafas baru kepada francais Ninja Turtles ini.

Teenage Mutant Ninja Turtles

Teenage Mutant Ninja Turtles [Review]

Teenage Mutant Ninja Turtles kali ini mereka semula jalan cerita di sebalik permulaan wujudnya Ninja Turtles. Saya tidak pasti samada mahu memberitahu jalan ceritanya kerana khuatir ia akan menjadi spoiler, namun apa yang saya akan kata ialah mereka wujud hasil dari eksperimen makmal.

Setelah banyak tahun berlalu, bandar New York mengalami masalah jenayah hasil perbuatan kumpulan penjenayah digelar “The Foot Clan” yang diketuai oleh seorang Samurai bernama Shredder. Pada masa yang sama Ninja Turtles yang tinggal dalam sistem perparitan bawah tanah telah dihalang oleh Master Splinter untuk keluar ke permukaan untuk mengelakkan perkara buruk terjadi.Walaubagaimanapun mereka berdegil dan keluar untuk menghalang kegiatan jenayah Foot Clan. Di situlah mereka berjumpa pemberita, April O’Niel.

Pengembaraan mereka bermula di situ.

Teenage Mutant Ninja Turtles

Jalan cerita

Secara spesifik, saya gemarkan jalan cerita bagaimana Ninja Turtles wujud dalam filem ini, ia lebih sesuai dan munasabah dengan persoalan bagaimana mereka boleh bermusuhan dengan Foot Clan dan Splinter. Selain itu, tidak ada apa-apa yang memberangsangkan tentang jalan ceritanya. Terdapat lawak jenaka sekali sekala dalam filem ini, namun tidaklah kelakar mana. Mungkin kerana ini hanyalah filem pertama dan ia dibikin hanya untuk memberi pengenalan kepada filem Teenage Mutant Ninja Turtles yang baru. Sekuel kepadanya telahpun diumumkan baru-baru ini dan akan ditayangkan pada tahun 2016 nanti.

TMNT-3

Lakonan

Secara jujur, saya gemarkan lakonan Megan Fox dalam filem ini berbanding dalam filem Transformers. Dalam filem Transformers, tumpuan banyak diberikan kepada “anggota badan tertentu” padanya, namun kali ini watak April O’Niel yang dibawanya telah menonjolkan personalitinya yang merupakan seorang yang fokus kepada matlamatnya dan ini membuatkannya lebih menarik berbanding lakonannya dalam Transformers.

Bagi lakonan suara Ninja Turtles, mereka mempunyai perwatakan ceria dan easy-going, cuma Raphael dan Leonardo agak serious dan sering berselisih pendapat. Namun, secara umum, lakonan suara mereka baik dan tiada komen di sini.

teenage-mutant-ninja-turtles-donatello-yell-700x396-sdcc-2014-teenage-mutant-ninja-turtles-panel-and-footage-recap

Produksi

Di bahagian ini banyak yang ingin saya perkatakan. Pertama, CGI. Jika anda menonton CGI untuk babak-babak aksi, ia akan terus mengingatkan anda kepada Transformers. Gaya koreografinya sememangnya serupa dengan Transformers. Seolah-olah ada cap “Michael Bay” padanya. Dengan babak slow motion di saat genting, sehingga ke lawak jenaka di tengah-tengah babak aksi tersebut, semuanya mengingatkan kepada Transformers.

Malangnya rekabentuk baju perisai Shredder sedikit “over” ia kelihatan seperti baju robot dan terlalu besar. Namun amat pelik sekali apabila Shredder boleh membuat perkerakan pantas dengan memakai baju sebesar dan seberat itu. Sungguh tidak kena sekali.

Sepertimana filem Michael Bay yang lain, pasukan produksi tidak lupa untuk mencari sumbangan dari penaja dalam membikin filem ini. Saya rasa, saya patut menyenaraikan kemunculan jenama produk penaja dalam setiap review filem Michael Bay yang akan datang. Untuk kali ini, antara jenama produk yang dapat dilihat dalam filem ini adalah :

  • Microsoft/Nokia Windows Phone
  • Pizza Hut
  • Chevolet

Jika anda telah menonton filem ini sila tambah lagi nama produk yang anda lihat dalam filem ini di ruangan komen di bawah.

Teenage Mutant Ninja Turtles

Kesimpulan

Positif

  • Jalan cerita pengenalan dan latarbelakang yang menarik.
  • Babak aksi setaraf Transformers

Negatif

  • Ninja Turtles yang kurang comel
  • Shredder yang terlalu besar dan kerana orang bawahannya tak boleh diharap, dia terpaksa turun padang sendiri.
  • Polis seolah-olah tak wujud di New York.
  • Mr Sacks selalu kelihatan seolah-olah boss kepada Shredder, tapi sebenarnya Sherdder adalah sifunya.

Secara keseluruhannya, filem Teenage Mutant Ninja Turtles bukanlah sebuah filem yang teruk, ia agak menghiburkan juga, terutamanya mereka yang membesar menonton kartun mereka. Namun anda tidak dijangkakan akan menyebut perkataan “Wow” bagi menerangkan filem ini, sebaliknya anda lebih berkemungkinan berkata “Bolehlah” apabila ditanya untuk menerangkan filem ini.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *