The Expendables 3 [Review]

The Expendables 3 telah memasuki pawagan hari ini dan seperti biasa, mereka yang mengharapkan jalan cerita yang hebat akan hampa. Segala-galanya dalam filem ini adalah tentang aksi, tembak-menembak, bunuh-membunuh dan bintang-bintang veteran.

The Expendables 3

The Expendables 3 [Review]

The Expendables 3 merupakan siri ketiga dalam siri filem The Expendables dan seperti biasa, ia menampilkan sejumlah besar bintang filem Holywood terkenal. Pada kali ini pasukan kesayangan kita ini melawan seorang pengedar senjata antarbangsa bernama Stonebanks. Beliau merupakan bekas ahli Expendables yang mula-mula menubuhkan kumpulan tersebut dan disangka telah dibunuh oleh Barney (Stalone). Kini dia bertekad untuk menghapuskan kumpulan tersebut sehingga ke orang terakhir.

The-Expendables-3-Wallpapers-798

Jalan Cerita

Seperti mana-mana filem Expendables, jalan ceritanya mudah dan tiada selok-belok yang memeningkan. Namun dalam filem ini terdapat kelainan sedikit. Ia bermula dengan penyertaan Doc (Wesley Snipes) dan kemudian danlam misi pertama menyebabkan seorang ahli pasukan tersebut, Caesar telah cedera parah tan tidak boleh beraksi. Barney yang risaukan ahli pasukannya telah memberhentikan mereka dan mengupah 4 orang ahli baru yang muda.

expendables-3
Di sinilah kelainan yang dibawa oleh filem kali ini di mana jika selama ini pasukan itu berfungsi dengan senjata biasa, kini penambahan golongan muda memperlihatkan penggunaan teknologi tinggi dalam melaksanakan misi mereka. Ia memberikan satu pendekatan yang sangat berbeza dalam perancangan misi mereka. Penampilan ahli kumpulan perempuan juga memberi kelainan pada pasukan ini. 

The_Expendables_3

Selain itu, tidak banyak perbezaan dilihat pada cara pengolahan jalan cerita filem ini berbanding filem sebelum ini. Ia tetap mempunyai babak aksi yang mendebarkan dan seperti biasa pasukan Expendables terlampau hebat dan tidak boleh dikalahkan pada akhirnya. Namun lawak jenaka dalam filem ini tidaklah begitu kelakar, namun menghiburkan.

Lakonan

Tumpuan diberikan kepada pelakon muda yang baru menyertai pasukan Expendables. Walaupun mutu lakonan mereka agak biasa sahaja, mereka berjaya menampilkan aksi-aksi lawan, pakour dan menunggang yang baik dalam filem ini. Mel Gibson yang membawa watak Stonebanks melakonkan wataknya dengan baik. Dia memang kelihatan seperti seorang yang sangat kejam.

Antonio Banderas yang memainkan watak Galgo juga patut diberi tumpuan kerana beliau adalah satu-satunya watak yang telah menceriakan filem ini. Secara ringkas, wataknya seperti Puss in Boots.

The_Expendables_3 (1)

Namun, seperti biasa tentunya terdapat kecacatan kecil dalam lakonan/plot cerita seperti kenapa askar orang jahat memilih untuk berlawan dengan tangan apabila mereka boleh tembak dari jauh? Kenapa pula askar jahat tidak keluar dari gerabak keretapi sehinga saat akhir setelah semua letupan dan tembakan kedengaran. Perkara-perkara kecil sebegitu membezakan sebuah filem hebat dan sebuah filem yang hanya setakat hiburan.

Produksi

Produksi kali ini secara keseluruhannya baik tetapi terdapat beberapa kecacatan. Paling ketara adalah penggunaan CGI yang agak tidak memuaskan terutamanya dalam babak akhir melibatkan helikopter. Ia menampilkan babak “dogfight” helikopter yang mempunyai pergerakan tidak realistik. Sesetengah letupan seperti kemusnahan kereta kebal juga kelihatan ketara sebagai CGI. Namun semua itu tidak dapat melunturkan kehebatan babak lawannya.

o-EXPENDABLES-3-facebook

Akhir sekali, terdapat satu drone dalam bentuk kereta yang boleh terbang. Drone yang dipanggil “B” ini pernah ditampilkan dalam laman web Kickstarter.com. Tentu pembuatnya berbangga kerana projek yang dimulakannya ditampilkan dalam filem ini. Untuk mengetahui lanjut mengenainya bolehlah melawati laman web teknologi kami Techkini.com.

The-Expendables-3-Wallpapers-489899

Kesimpulan

Positif

  • Penampilan ahli kumpulan muda mengubah paradigma pasukan.
  • Seperti biasa babak aksi ditampilkan sangat mendebarkan.
  • Watak Stonebanks yang dimainkan Mel Gibson dilakonkan dengan baik.

Negetif

  • Pasukan Expendables terlalu hebat. Tidak seorang pun terkena tembakan, kecuali Caeser pada permulaan filem
  • CGI yang kurang memuaskan.
  • Askar orang jahat yang kadang-kala tidak masuk akal, seolah-olah rela dikalahkan pasukan Expendables.
  • Jalan cerita yang ringkas.

Secara keseluruhannya, filem Expendables adalah filem yang sangat menghiburkan dan tidak lebih dari itu. Oleh sebab yang demikian, ia tidak boleh diberi rating yang tinggi. Tetapi jika anda hanya sekadar ingin menonton filem yang santai sebagai hiburan di hujung minggu, filem ini amat direkomen. Ia lebih menghiburkan berbanding berkaroke, boling atau melepak di kedai mamak.

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

1 thought on “The Expendables 3 [Review]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *