Lucy [Review]

Selepas menonton trailer Lucy, saya memang teruja untuk menonton filem tersebut. Filem ini menoroka persoalan apa akan terjadi jika manusia boleh meningkatkan penggunaan otak dari 10% bagi orang biasa kepada 20%, 50% dan seterusnya 100%.

AWAS : terdapat banyak SPOILER dalam review ini. Jika tidak mahu membaca review penuh, secara ringkas, filem Lucy merupakan filem yang penuh aksi, namun ia dipenuhi teori saintifik yang agak kompleks. Walaupun aksinya mendebarkan, teori saintifiknya agak berat untuk dihadam oleh penonton biasa.

lucy1

Lucy [Review]

Pada mulanya Lucy merupakan seorang “Party Girl” yang berparti dengan teman lelaki yang baru seminggu dikenalinya di Taipei bernama Richard. Pagi selepas mereka berparti Richard ditugaskan untuk menghantar satu beg yang tidak tahu isi kandungannya kepada seorang pengedar dadah Korea bernama Mr Jang di sebuah hotel.

Richard yang licik telah memaksa Lucy untuk menghantar beg tersebut kepada Mr Jang. Tanpa disangka, Mr Jang telah membunuh Richard dan menculik Lucy. Dia kemudian dipaksa membuka beg tersebut dan mendapati terdapat 4 bungkusan berisi serbuk kristal yang dipercayai dadah berwarna biru.

lucy-2014-movie-screenshot-34

Mr Jang telah membedah Lucy dan 3 lagi orang dan meletakkan paket dadah itu dalam perut mereka untuk diseludup ke negara masing-masing. Semasa dalam tahanan Lucy telah ditendang di perut menyebabkan paket dalam perut itu bocor lalu dadah tersebut masuk ke dalam badannya. Di situlah bermulanya pengembaraannya.

Jalan Cerita

Sebagai seorang peminat filem sci-fi, filem yang berasaskan sebuah teori sememangnya menarik minat saya. Filem ini menampilkan teori menarik yang mengatakan keupayaan manusia akan meningkan seiring dengan kenaikan penggunaan otaknya.

lucy-2014-movie-screenshot-32

Dengan peningkatan keupayaan secara berperingkat yang dialami Lucy, membawa kepada pelbagai situasi penuh aksi dan kadang-kala lucu. Namun, setelah peningkatan penggunaan otak menghampiri 100%, keupayaan yang dipunyainya agak mengarut dan menjadikan filem tersebut agak kurang menarik kerana terlalu menyimpang dari Sci-Fi kepada fantasi.

Lakonan

Paling menarik mengenai filem ini ialah penyertaan besar pelakon-pelakon Korea yang memainkan watak ahli pengedar dadah Korea. Ketua mereka, Mr Jang dilakonkan oleh pelakon veteran Korean, Choi Min-Sik dan lakonannya sememangnya cukup sempurna sebagai ketua kongsi gelap yang sangat kejam. Tiada langsung kesangsian di raut wajahnya.

Lucy-2014-Movie-Stills-Images

Watak Lucy yang dilakonkan Scarlett Johansson juga dimainkan dengan baik. Perwatakan Lucy sebelum dan selepas menerima dadah sangat berbeza. Daripada seorang yang happy go lucky, wataknya bertukar menjadi seorang yang tidak berperasaan selepas menerima dadah tersebut ke dalam badannya.

Kesimpulan

Positif

  • Filem penuh aksi yang mendebarkan.
  • Diasaskan oleh teori yang menari, walaupun berkaitan teori evolus yang agak mengarut.
  • Penglibatan serious oleh pelakon Korea, bukan setakat pelakong tambahan.

Negetif

  • Pengakhiran filem yang agak membingungkan, mengarut dan mungkin juga menghampakan.
  • Selepas menerima dos dadah tersebut, Lucy berwatak tidak berperasaan. Perubahan drastik ini agak sukar dipercayai.

Walaupun pengakhiran filem ini agak menghampakan, 80% bahagian awal filem ini menarik dan berbaloi untuk ditonton. Namun harus diingat, teori yang diterokai filem ini agak berat dan akan menjadi lebih berat semakin Lucy menghampiri 100% penggunaan otak. Apa pun, ia masih tetap menarik dan berbaloi di tonton.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *