Antarabangsa

Suatu Ketika – Satu Peluang Keemasan yang Terlepas

Mutu filem tempatan akhir-akhir ini dilihat semakin meningkat dan banyak filem-filem tempatan yang berjaya meraih kutipan puluhan juta ringgit sepanjang tayangannya. Filem Suatu Ketika adalah filem menginspirasikan keluaran tempatan yang baru memasuki panggung wayang. Ada apa dengan filem ini? Sama-sama kita kupaskan.

Suatu Ketika

Suatu Ketika – Satu Peluang Keemasan yang Terlepas

Suatu Ketika mengisahkan sekumpulan kanak-kanak dari sekolah Ujung Pasir dipimpin oleh Pak Saad dan Cikgu Sulaiman yang menubuhkan pasukan bola sepak untuk menyertai pertandingan bola sepak JG Davidson Cup melawan sekolah-sekolah British di Tanah Melayu pada tahun 1952 (sebelum Merdeka).

Pelbagai cabaran dalaman dan luaran yang dihadapi untuk menjayakan pasukan bola sepak ini. Adakah mereka akan berjaya dalam pertandingan JG Davidson Cup? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Setelah menonton trailer filem Suatu Ketika, kami memang meletakan sedikit harapan filem ini menjadi sebuah filem epik. Namun kami tidak 100% puas hati, namun kami juga tidak 100% kecewa. Filem ini mempunyai plot dan premis yang baik. Plotnya kukuh, pelakon utama Namron dan Pekin Ibrahim memang berkesan.

Bukan setakat itu. Penggunaan muzik untuk meningkatkan dramatisasi juga memang berkesan, seperti filem Ola Bola. Ditambah dengan sinematografi yang professional dan berkualiti, filem ini sememangnya sebuah filem yang bermutu.

Tetapi masalah filem ini bagi kami ialah dialognya yang begitu ringkas dan tidak meyakinkan. Ia umpama mempunyai topik yang hebat, tetapi ayat yang digunakan untuk menerangkan topic itu tidak cukup untuk menyerlahkan kehebatan topik tersebut. Sebagai contoh, sesetengah dari ahli pasukan bola sepak sekolah itu mempunyai masalah peribadi mereka tersendiri. Namun dialog dan pengolahan babak yang terlalu ringkas menyebabkan masalah peribadi mereka nampak remeh dan kurang dramatik.

Pada pendapat kami, jika filem ini diarahkan oleh pengarah seperti Khabir Bhatia yang mengarahkan filem hebat seperti Pulang dan siri TV Nur Kasih, kami pasti beliau tidak akan bertolak ansur dengan mutu dialog sebegini. Filem-filem beliau biasanya mempunyai dialog yang lebih kompleks dan mendalam.

Selain itu, kami rasa filem ini akan lebih baik jika ada konsultan kejurulatihan bolasepak. Filem ini, walaupun mengenai pasukan bola sepak, tidak menekankan aspek kejurulatihan di mana tiada babak yang menceritakan tentang latihan bola sepak secara spesifik dan strategi dalam pertandingan bola sepak. Ini mengurangkan realism dalam filem ini.

Selain dari perkara tersebut, filem ini sememangnya dibikin dengan baik sekali cuma kandungannya tidak begitu digilap bagi menampakkan potensi sebenarnya. Sungguhpun demikian, filem ini masih mampu menginspirasikan hasil penggunaan muzik, bunyi dan sinematik yang mantap. Tontonla di pawagam untuk mengalami kesan maksimum.

Suatu Ketika

Positif Vs Negatif

Positif

  • Kesan bunyi, muzik dan sinematik yang mantap!
  • Secara umum menghiburkan dan menginspirasikan

Negatif

  • Skrip dan pengolahan babak yang kurang meyakinkan.
  • Lakonan pelakon tambahan kurang meyakinkan

Suatu Ketika

Kesimpulan

Kalau mahu dibandingkan dengan filem Ola Bola, filem Suatu Ketika memang tak dapat lawan. Barangkali bajet Ola Bola jauh lebih besar dan kepakaran yang boleh dibawa oleh Astro Shaw ke dalam filem tersebut memang besar. Mengambil kira perkara tersebut kami rasakan filem Suatu Ketika ini telah memaksimakan segala sumber di tangan mereka untuk membikin filem ini. Sinematografi, muzik dan kesan bunyi semuanya di tahap yang tinggi. Tahniah diucapkan kepada mereka, walaupun banyak penambahbaikan boleh dibuat seperti mengupah penulis skrip yang lebih berpengalaman. Walaubagaimanapun kami masih merekomen anda menonton filem in demi menyokong filem tempatan.

Penilaian: 6/10

IMDB

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The Latest

To Top