Ad Astra – Filem Untuk Ditonton Di IMAX

Trailer filem Ad Astra merupakan salah satu trailer yang menarik perhatian admin, terutamanya kerana admin memang peminat tegar filem Sci-fi dan paparan dunia penjelajahan angkasa yang agak kontemporari memang menarik minat admin. Namun anehnya semakin menghampiri tarikh tayangan filem ini, tiada pula cakap-cakap mengenai filem ini di media sosial atau di laman perfileman. Jadi, kami telah pergi menonton filem ini untuk melihat sendiri apakah filem ini mencapai jangkaan yang kami dapat dari menonton trailernya?

Ad Astra – Filem Angkasa Untuk Ditonton Di IMAX

Ad Astra mengisahkan angkasawan Major Roy McBride yang diarah badan pertahanan angkasa SPACECOM untuk menjalankan satu misi rahsia untuk menyiasat kejadian pusuan kuasa yang berasal dari satu lokasi sistem suria di mana Project Lima dipercayai berada. Project Lima merupakan satu projek SPACECOM yang bertujuan untuk mengembara ke penghujung angkasa untuk mencari bukti kehidupan selain manusia. Projek itu diketuai ayahnya Clifford McBride tetapi telah terputus hubungan bertahun-tahun lalu dan dianggap telah mati.

Secara peribadi, Roy ingin mendapat jawapan daripada bapanya, mengapa beliau sanggup meninggalkan keluarga sejak beliau remaja, demi menjalankan projek Lima. Dapatkah beliau mengetahui jawapannya? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Perkara pertama yang patut anda ketahui mengenai filem Ad Astra ialah filem ini bukalah filem aksi sci-fi angkasa yang kami harapkan. Benar, ia mempunyai beberapa babak-babak aksinya yang tersendiri, namun ternyata aksi bukan tema utamanya. Sebaliknya ia mempunyai satu tema yang agak unik yang kami jarang lihat. Ia merupakan satu monolog Roy McBride mengenai perjalannya mencari makna kehidupannya sebagai seorang angkasawan.

Filem ini banyak memfokuskan kepada watak Roy McBride, sebahagian besar masa di skrin adalah memfokuskan pada wataknya dan watak-watak lain hanyalah watak sampingan yang mempunyai masa skrin tidak melebihi 10 minit. Serious!

Kami dedahkan awal-awal, jika anda bukan seorang yang gemarkan filem-filem yang perlahan, yang memerlukan anda menghayati perasaan watak dan kisah yang diceritakannya, anda mungkin akan struggle untuk sampai ke penghujung filem tanpa tidur. Filem ini memerlukan penghayatan penuh dari segi persekitaran angkasa yang dipaparkan selain mengikuti perdebatan dalaman Roy McBride dengan dirinya sendiri. Sebab itulah kami rasakan anda patut tonton filem ini di IMAX demi mendapat pengalaman penuh dunia pengembaraan angkasa yang dipaparkannya.

Bercakap mengenai dunia pengembaraan angkasa yang dipaparkan, filem ini memaparkan satu ekosistem pengembaraan angkasa yang sememangnya menjadi tajuk perbualan syarikat-syarikat aero angkasa seperti Virgin Galactic dan SpaceX. Ia memaparkan satu perkhidmatan penerbangan komersial ke stesen angkasa bulan (yang turut mempunyai Mall dan restoran seperti Subway) yang menjadi hub kepada kapal angkasa yang hendak menuju ke stesen bawah tanah di planet Marikh. Pada pendapat admin paparannya sememangnya realistik dan mengambil ilham dari perkembangan semasa dalam bidang aero angkasa.

Hasil menonton filem ini bagi admin yang memang menghayati jalan cerita dan konflik Roy McBride dengan diri sendiri, admin memang sangat memahami perasaan dan konflik yang dialami Roy McBride. Malah topik-topik yang beliau persoalkan juga ada admin ikuti di internet dan admin puas hati Roy mendapat konklusi yang sama dengan admin mengenai persoalannya. Konklusi tersebut mungkin tidak diterima oleh ahli sains yang taksub dengan pencapaian diri (seperti bapa Roy), namun itulah hakikatnya. Tontonlah filem ini dan buat konklusi anda sendiri tanpa spoiler dari kami.

Ad Astra

Positif

Positif

  • Paparan dunia pengembaraan angkasa yang realistik dan mengikuti perkembangan aero angkasa terkini.
  • Jika filem ini kena dengan jiwa dan pemikiran anda, kesudahan filem ini agak memuaskan hati.
  • Dioptimasi untuk ditonton di IMAX.

Negatif

  • Jika anda tidak minat dengan persoalan falsafah pengembaraan angkasa dan filem yang deep, mungkin anda tak minat filem ini
  • banyak babak panjang berjela-jela.

Ad Astra

Kesimpulan

Filem Ad Astra bukanlah sebuah filem untuk anda tonton bersama-sama rakan di hujung minggu, melainkan mereka minat filem-filem deep dan kemudian ingin membincangkan filem ini besama-sama selepas menonton. Ia sebuah filem yang dibikin untuk penghayatan dari segi visual dan falsafahnya. Tontonlah mengikut budi bicara anda sendiri.

Penilaian: 7/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *