Sadako 3D 2 [Review]

Sadako 3D 2 merupakan sekuel kepada filem seram Jepun, Sadako 3D, yang ditayangkan tahun lepas yang berkisar mengenai hantu bernama Sadako yang popular satu ketika dahulu melalui filem “The Ring”. Namun kisahnya berlainan sedikit dari filem The Ring.

Sadako 3D 2

Sadako 3D 2 [Review]

[Awas Spoiler Sadako 3D 1 di bawah!]

Dalam filem pertama Sadako 3D, hantu Sadako hendak mencari badan untuk dirasuk sebagai cara beliau hendak masuk dan hidup di dunia nyata. Untuk itu, satu video yang disumpah telah muncul di internet dan sesiapa yang menontonnya akan mati.

Sebenarnya video tersebut adalah untuk Sadako mencari badan yang sesuai untuk dirasuk, jika tidak sesuai, barulah penonton tersebut akan mati. Dalam filem pertama itu juga Sadako berjaya memasuki badan heroine, Akane Ayukawa dan kemudian filem tamat di situ.

Sadako 3D 2

sadako2Filem kedua ini bermula dengan Akane Ayukawa telah berkahwin dengan hero dalam filem pertama, Takenori Ando dan mendapat seorang anak perempuan. Namun Akane Ayukawa telah mati ketika melahirkan anak itu.

Anak itu kini dijaga Takenori dan adiknya, Fuko, di mana kebanyakan masanya, Fuko akan menjaganya.

Setelah 6 tahun, anak yang bernama Nagi itu mempunyai kuasa luarbiasa yang membolehkannya seolah-olah boleh membunuh orang yang tidak disukainya.

Semakin lama, banyak kematian berlaku berkaitan dengan Nagi menyebabkan Fuko berasa curiga dan mula menyasat. Apakah yang dijumpainya dalam siasatannya itu? Tontonilah filem ini

Jalan Cerita dan Lakonan

Secara jujurnya, filem Sadako 3D dan Sadako 3D 2 dibikin khas untuk kesan khas 3Dnya semata-mata. Jalan ceritanya agak mudah dan boleh dijangkakan. Namun jika anda gemarkan situasi yang seram, tontonlah filem ini dalam 3D, anda pasti terkejut pucat dengan babak-babak seramnya yang amat mengejutkan.

Namun, sekuel ini adalah lebih baik daripada filem Sadako 3D yang pertama yang mempunyai jalan cerita yang sangat menghampakan.

Kesimpulan

Jika anda hendak ingin mengalami babak seram secara 3D, filem ini bagus untuk tujuan itu, lebih-lebih lagi dengan babak seramnya selalunya melibatkan hantu Sadako mencapai keluar ke penonton. Walaupun saya menonton versi 2D, babak-babak hantunya masih boleh mengejutkan saya ke tahap yang menakutkan. Apatah lagi jika anda menonton dalam 3D.

Namun jika anda inginkan satu filem seram yang baik, ia bukan satu filem yang boleh saya rekomen.

IMDB

LAKONAN                 6/10
JALAN CERITA       5/10
PRODUKSI                  6/10
KESELURUHAN       6/10

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *