Special ID [Review]

Walaupun Donnie Yen pernah melakonkan watak dalam filem aksi kontemporari satu ketika dahulu, dia lebih terkenal dengan filem filem kung fu epik zaman lampau seperti IP Man dan Wu Xia. Kini filem terbaru lakonannya, Special ID telah mula ditayangkan di pawagam.

Special-Identity-3

Special ID [Review]

Tidak banyak filem aksi Hong Kong diterbitkan kebelakangan ini, terutamanya filem aksi polis dan kongsi gelap. Antara filem Hong Kong yang popula dalam genre ini ialah Infernal Affairs 1/2/3, Out Of Time dan Police Story 1/2/3.

Filem Special ID merupakan satu filem aksi polis vs kongsi gelap yang seakan Infernal Affairs di mana Donny Yen memainkan watak Chan Long atau Dragon Chan, seorang polis pengintip yang menyamar menjadi ahli kongsi gelap.

Di dikehendaki menyiasat kebangkitan seorang ahli kongsi gelap muda dalam kumpulan itu, iaitu Sunny, yang juga merupakan kawan lamanya. Pada masa yang sama, beliau berkerjasama dengan pihak polis untuk menjatuhkan kumpulan itu sekaligus mendapatkan kembali jawatan pegawai polis biasa kerana tidak lagi mahu menjadi pengintip. Adakah dia akan berjaya? Saksikanlah filem ini di pawagam berhampiran.

Special ID

Lakonan dan Jalan Cerita

Tidak dapat dinafikan babak berlawan dalam filem ini antara yang terbaik, dengan style kung fu yang hebat, namun tidak dapat dinafikan juga lakonan watak-wataknya sedikit menghampakan. Donny Yen yang ingin menampilkan watak Chan Long yang kelakar, namun tidak berapa kena dengan gaya lakonannya yang lebih serious.

Watak polis perempuan pula sedikit “menggelabah” kerana pada satu ketika, dia menampilkan perwatakkan yang lasak dan ganas, namun pada ketika lain dia merajuk mengalahkan watak perempuan dalam filem cinta.

Bagi mereka yang berminat dalam filem aksi dan kungfu, jalan ceritanya yang tidak seberat Infernal Affairs adalah cukup menghiburkan, namun bagi peminat tegar filem polis Hong Kong seperti saya, jalan ceritanya mempunyai banyak kelemahan. Susunan babak-babaknya agak kelam kabut dan mengelirukan. Hanya selepas separuh jalan barulah penonton dapat faham apa sebenarnya sedang berlaku.

Produksi

Filem ini juga umpama sebuah iklan di mana hampir kesemua kereta yang digunakan dalam filem ini adalah terdiri daripada pelbagai model kereta Volvo. Di samping itu, komputer-komputer yang digunakan juga adalah jenama Lenovo. Biasanya, penonton tidak perasan perkara ini, namun ia amat ketara sekali dalam filem ini.

Kesimpulan

Daripada filem ini ternyata sekali Donny Yen tidak sesuai melakonkan watak zaman moden dan juga watak yang lucu. Tidak seperti Jet Li yang boleh memainkan watak serious dan lucu pada masa yang sama seperti dalam filem Fong Sai Yuk dan Tai Chi Master.

Walaupun terdapat banyak kelemahan dalam filem ini, ia bukanlah sebuah filem yang teruk. Lagak ngerinya dan babak lawannya pada kelas pertama, cuma jalan ceritanya tidak berapa kukuh. Sungguhpun demikian, ia masih menghiburkan dan bolehlah ditonton bersama kawan-kawan sekerja anda pada hujung minggu ini.

IMDB

LAKONAN                 6/10
JALAN CERITA       5/10
PRODUKSI                  6/10
KESELURUHAN       6/10

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *