Escape Plan [Review]

Sylvester Stallone dan Arnold Schwarzenegger sememangnya gandingan mantap apabila bercakap mengenai filem aksi masa kini. Escape Plan merupakan satu filem yang sekali lagi menggabungkan mereka berdua selepas muncul bersama dalam filem The Expendables 1 dan 2 sebelum ini. Escape plan merupakan filem aksi terbaru yang membintangi kedua-dua bintang ini.

Escape Plan

Escape Plan [Review]

Filem in mengisahkan Breslin (Stallone) yang tugasnya adalah untuk menguji tahap kekebalan sesebuah penjara terhadap banduan yang melarikan diri. Beliau memang handal memantau kegiatan dalam penjara-penjara dan menggunakan maklumat yang didapatinya untuk melarikan diri.

Satu hari, beliau memdapat tawaran untuk menguji sebuah penjara rahsia CIA yang menempatkan penjenayah-penjenayah antarabangsa yang merbahaya termasuk “pengganas” yang beragama Islam. Namun tanpa disangka sebelum menjalankan tugasan ini beliau diculik, dan semua alat pengesan padanya telah dimusnahkan.

Oleh sebab itu, pasukan “backup” yang bekerja dengannya tidak dapat mengesan Breslin dan dalam keadan separa sedar, beliau dibawa ke penjara tersebut yang tidak diketahui lokasinya. Di situ dia berjumpa dengan Rottmayer dan bersama-sama merancang melepaskan diri.

Jalan Cerita

Jalan ceritanya tidak begitu kompleks dan tidaklah begitu mudah. Agak janggal melihat Stallone berlakon menjadi seseorang yang sangat bijak dan teliti yang handal dalam melepaskan diri dari penjara kerana beliau biasanya berlakon dalam filem aksi yang tidak banyak menggunakan kebijaksanaan.

Jalan ceritanya penuh juga dengan teka-teki dan putar-belit yang membuat penonton terhibur, namun tidaklah begitu kompleks sehingga penonton terpaksa memerah otak memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya. Pendek kata, jalan ceritanya cukup menghiburkan tak kira penonton adalah geek ataupun penonton kasual.

Namun, babak-babak aksinya agak tipikal untuk sesebuah filem Holywood di mana hero sukar terkena tembakan, kalau kena pun, beliau masih boleh bertahan hingga ke akhir filem. Pelakon tambahan pula mati dengan cepatnya. walaubagaimanapun, babak aksinya boleh tidaklah mencacatkan keseluruhan filem ini.

Escape Plan

Lakonan

Lakonan dalam filem ini seperti mana yang boleh diharapkan dari sebuah filem aksi lakonan Sylvester Stallone dan Arnold Schwarzenegger di mana kedua-dua pelakon ini memainkan watak mereka dengan baik, melibatkan babak-babak dibelasah, bergaduh dan menembak. Seperti biasa, Schwarzenegger masih dengan gaya Terminatornya.

Kesimpulan

Filem ini merupakan sebuah filem yang menghiburkan dan sesuai bagi mereka yang ingin melepaskan tekanan selepas seminggu penat berkerja. Ia tidak akan memenangi mana-mana anugerah tapi cukuplah sekadar menghiburkan penonton.

IMDB

LAKONAN                 7/10
JALAN CERITA       7/10
PRODUKSI                  7/10
KESELURUHAN       7/10

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *