[Review] Bloodshot – Filem Adiwira Lebih Layak Untuk Netflix

Bloodshot merupakan  antara beberapa filem yang sempat ditayangkan di pawagam sebelum ia ditutup kepada orang ramai akibat PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac lalu.  Trailernya menangkap perhatian umum kerana ia mengetengahkan Kuala Lumpur sebagai salah satu lokasi utama filem itu berlangsung. Admin berkesempatan menonton filem ini dan berikut merupakan ulasan admin mengenainya.

[Review] Bloodshot – Filem Adiwira Lebih Layak Untuk Netflix

Bloodshot mengisahkan Ray Garrison yang merupakan seorang tentera marin Amerika yang telah dibunuh bersama isterinya setelah berjaya menumpaskan satu kumpulan pengganas yang menculik pegawai perisik Amerika. Beliau telah dihidupkan kembali menggunakan teknologi nano yang membolehkannya membunyai kekuatan kan keupayaan merawat diri yang luarbiasa. Namun, tidak semua yang diceritakan mengenainya adalah benar. Apakah realiti sebenar yang dirahsiakan Dr. Emil Harting, ketua penyelidik yang bertanggungjawab ke atas teknologi yang digunakan padanya?

Untuk mengetahuinya, tontonlah filem ini selepas PKP nanti.

Review

Pertama sekali admin ingin menjelaskan dahulu mengenai status Kuala Lumpur dalam filem ini yang digambarkan menjadi tempat filem ini dirakam atau kisahnya berlangsung. Sebenarnya dalam filem sebenar, ia tidak mengatakan secara bertulis bahawa HQ RST, iaitu syarikat yang merekacipta teknologi yang digunakan Bloodshot, terletak di Kuala Lumpur. Tetapi ia banyak menggunakan “skyline” Kuala Lumpur dalam babak-babaknya. Jadi, jika penonton kenal Kuala Lumpur, penonton tentu tahu ia Kuala Lumpur, jika tidak, penonton tidak akan tahu. Cuma bila terdapat babak-babak di luar bangunan HQ itu, jelas sekali ia bukan Kuala Lumpur. Dengan kata lain, Kuala Lumpur hanya diambil sebagai perhiasan, manakala penggambarannya dibuat di tempat lain.

Bloodshot

Secara keseluruhannya, plot filem ini agak mudah dan tidaklah sehebat filem-filem adiwira lain dari Marvel. Ia mempunyai putaran plot, namun putaran plotnya bukan suatu yang baru dan mudah dijangka. Ditambah pula dengan lakonan kaku Vin Diesel, menjadikan karakter Ray Garisson tidak menarik langsung sebagai seorang marin dan sebagai Bloodshot. Mujur lah pelakon sampingan kebanyakannya melakonkan watak mereka dengan baik.

Bloodshot

Babak-babak aksi juga kurang menarik memandangkan kuasa luarbiasa Ray Garisson adalah kekebalan, beliau hanya merempuh masuk ke babak aksi tersebut seperti berjalan di atas red carpet. Hanya bila melawan rakan-rakan seperjuangannya yang turut dikuasakan teknologi sama, barulah beliau mula membuka langkah yang lebih menarik lagi.

Kesan khas CGI dalam filem ini boleh tahan, tapi bukanlah yang terbaik. Dicampur dengan mutu produksi secara keseluruhan filem ini yang sedang-sedang sahaja, admin berasa filem ini lebih sesuai ditayangkan di perkhidmatan penstriman Netflix berbanding di pawagam. Pada pendapat admin, jika dinilai sebagai sebuah filem Netflix, admin boleh katakan ia sebuah filem Netflix yang baik. Namun memandangkan ia sebuah filem pawagam, penilaian admin adalah ia sebuah filem wayang yang lebih kurang sahaja. Mungkin anda boleh menontonnya selepas PKP nanti.

Bloodshot

Positif vs Negatif

Positif

  • Skyline Kuala Lumpur!
  • CGI dan Aksi yang OK
  • Jalan cerita yang relaks dan chill

Negatif

  • Jalan cerita yang mudah berbanding filem adiwira lain
  • Lakonan kaku dari Vin Diesel

Bloodshot

Kesimpulannya

Sebenarnya admin pun tidak pasti samada Bloodshot akan terus ditayangkan di pawagam selepas tempoh PKP nanti, tapi jika ia ditayangkan, admin tidak pasti samada filem ini adalah filem pertama yang patut anda tonton. Tetapi memandangkan kebanyakan filem baharu yang besar telah ditunda tayangannya, maka yang tinggal mungkin hanya saki baki filem yang ditayangkan sebelum PKP yang bukan semuanya menarik. Dalam keadaan itu tontonlah filem ini nanti. Tetapi jika ada filem utama baru yang tiba-tiba mempercepatkan tayangannya di pawagam sejurus selepas PKP, tontonlah itu dahulu.

Penilaian

Jalan cerita – 6/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 6/10

Nilai hiburan – 6/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 7/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *