[Review] What Happened to Monday?

Dalam musim PKP ini media sosial banyak mendedahkan pelbagai filem yang baik, memandangkan menonton filem merupakan satu hobi popular bagi penduduk Malaysia. Salah satu filem yang dipromosikan adalah filem What Happened to Monday yang boleh ditonton di Netflix.Admin sempat menonton filem ini dan berikut merupakan pendapat admin mengenainya.

What Happened to Monday

[Review] What Happened to Monday?

Dalam filem What Happened to Monday, dunia semakin kekurangan bekalan makan akibat perubahan iklim dan peningkatan populasi penduduk. Oleh itu, Genetically Modified Organism (GMO) telah digunakan untuk meningkatkan hasil pengeluaran makanan dengan jayanya. malangnya ia menyebabkan semakin banyak kelahiran kembar dan meningkatkan populasi dunia dengan lebih cepat.

Bagi membendung populasi penduduk menjadi terlalu ramai, kerajaan telah memperkenalkan Child Allocation Act yang membenarkan hanya satu anak untuk sebuah keluarga. Jika terdapat lebih dari satu anak dalam sebuah keluarga, anak tersebut akan dibawa ke Child Allocation Buero untuk ditidurkan sehingga penyelesaian kepada kekurangan bekalan makanan dan populasi ditemukan.

What Happened to Monday

Namun masalahnya bermula apabila keluraga ayah tunggal Terrence Settman dikurniakan 7 orang anak kembar seiras dan beliau mengambil keputusan untuk menjaga semua 7 orang kembar itu sehingga dewasa. Ia merupakan satu kesalahan dan mereka boleh ditahan jika diketahui pihak berkuasa. Oleh itu setiap dari mereka diberi nama-nama hari dalam seminggu dan mengambil identiti Karen Settman. Dapatkah mereka menyorok dari pihak berkuasa? Tontonlah filem ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Premis filem What Happened to Monday merupakan satu yang agak baru dan belum dilihat dalam filem lain. Plotnya juga agak menarik dengan mengetengahkan subjek masalah populasi penduduk dan keselamatan bekalan makanan. Medium jalan cerita yang digunakan juga sangat menarik dan putaran plot yang ditampilkan tidak dijangka dan menambahkan lagi suspen kepada filem tersebut. Ia juga mempunyai unsur sedih apabila satu demi satu adik-beradik Settman dikantoikan pihak penguatkuasa.

Setiap adik-beradik Settman, yang menjadi watak utama filem ini, mempunyai perangai yang berbeza walaupun mempunyai rupa yang sama (kecuali gaya rambut). Ia menunjukkan kebolehan pelakon Naomi Raprace membawa 7 watak berbeza pada masa yang sama. Ditambah pula dengan kesan khas yang berteknologi tinggi membolehkan kesemua 7 adik beradik berada dalam syot sama tanpa menampakkan sebarang tanda-tanda kesan khas.

Dengan adanya watak-watak yang cenderung ke arah kelincahan dan seni mempertahankan diri, babak aksi dan berlawan dalam filem ini boleh tahan juga dan mampu menghiburkan penonton. Tetapi babak-babak aksinya tidaklah sehebat dan sepanjang filem-filem aksi Holywood terkenal.

Walaupun filem ini filem aksi sci-fi, ternyata ia kelihatan seperti mempunyai bajet yang tidak begitu tinggi di mana ia dapat dilihat bukan sahaja dari babak-babak aksinya, tetapi dalam rekaan props dan persekitaran futuristiknya. Namun itu hanyalah perkara kecil dan kehebatan jalan ceritanya dan aksi yang mencukupi lebih dari cukup untuk membuatkan penonton melupakan perkara tersebut.

What Happened to Monday

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita dan plot yang menarik
  • aksi yang mendebarkan
  • Putaran plot yang tidak dijangka
  • Lakonan watak utama yang mantap

Negatif

  • Ternyata bajetnya tidak setinggi filem aksi Holywood terkenal
  • Rekaan prop yang tidak secanggih filem futuristik Holywood terkenal

What Happened to Monday

Kesimpulan

Filem What Happened to Monday sememangnya sebuah filem yang menghiburkan dari segi aksinya dan juga jalan cerita. Tetapi jika dikatakan ia sebuah filem yang epik, memang belum sampai ke tahap itu. Namun ia mampu mengekalkan minat dan perhatian penonton sepanjang filemnya. Kami jamin ia berbaloi untuk ditonton. Tontonlah di Netflix.

Penilaian

Jalan cerita – 8/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 8/10

Nilai hiburan –8/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 7/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *