[Review] The Platform – Gambaran Dunia Kapitalis Dalam Satu Kisah Kelam

Satu lagi filem yang popular di zaman PKP ini ialah The Platform yang mula ditayangkan di Netflix baru-baru ini. Filem ini satu filem thriller dan mengambil satu tema falsafah kemanusiaan yang berat, walaupun kaedah penceritaannya agak ringkas. Kami sempat menonton filem ini dan kini kami memberi pendapat mengenainya.

[Review] The Platform – Gambaran Dunia Kapitalis Dalam Satu Kisah Kelam

Platform merupakan satu filem berbahasa Sepanyol yang mengisahkan seorang lelaki, Goreng yang secara sukarela ingin tinggal di satu penjara bertingkat (lebih kurang 333++ tingkat) selama 6 bulan untuk mendapat satu diploma. Namun beliau tidak sedikit pun tahu apa sebenarnya beliau telah memilih untuk sertai. Sepanjang keberadaannya di penjara tersebut, satu platform yang mempunyai makanan yang dikatakan cukup untuk semua orang dalam 333++ tingkat penjara itu akan berhenti selama satu minit di setiap tingkat penjara itu. Setiap tingkat mempunyai dua orang dan Goreng pada mulanya tinggal bersama seorang warga emas bernama Trimagasi (bunyi macam Terima Kasih) dan kemudiannya tinggal bersama Imoguiri, Bharat dan sekali sekala seorang wanita bernama Miharu turun bersama platform.

Pelbagai ragam manusia diperlihatkan sepanjang filem ini di mana setiap bulan pasangan banduan akan ditukarkan ke tingkat berlainan secara rawak setiap bulan dan tingkat lebih tinggi mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk mendapat makanan berbanding tingkat lebih bawah. Untuk mengetahui pengalaman yang dilalui portagonis Goreng, tontonlah filem ini di Netflix.

Review

Sebenarnya, kami rasa penayangan filem ini di zaman PKP dan COVID 19 ini sememangnya tepat pada waktunya. Pelbagai persamaan dapat di lihat antara dunia realiti dengan filem ini dan banyak juga perkara yang dipaparkan dalam filem ini tidak sama dengan realiti. Filem ini cuba menggambarkan secara simbolik bagaimana dalam dunia kapitalis ini bagaimana golongan di tangga pendapatan yang lebih atas mempunyai akses yang tidak adil kepada “the piece of the economic pie” dan tidak mahu berkongsi dengan golongan bawahan, malah menghalang org bawah dari mendapat bahgian mereka. Orang bawahan pula memusuhi orang atas dengan mengatakan mereka tamak dan langusng tidak kisahkan orang di bawah. Permusuhan ini wujud di setiap tingkat di mana setiap tingkat terasa merekalah yang menjadi mangsa orang di atas mereka, walaupu mereka selesa dengan makanan yang mereka dapat.

Platform

Pembikinan filem ini tampak sangat ringkas. Sebahagain besar filem ini adalah sebuah penjara 20m x 20m yang bertingkat dan sebuah platform yang turun dan naik setiap hari. Kosnya nampak sangat rendah. Tetapi plotnyalah yang memberikan nilai yang tinggi kepada filem ini.

Berikut adalah sedikit ulasan kepada jalan cerita filem ini. Ia agak spoiler, jadi jika tidak mahu spoiler jangan baca. Adalah lebih baik dan memuaskan untuk anda mengupas sendiri jalan cerita filem ini.

[Spoiler] Setiap watak dalam filem ini mempunyai simboliknya sendiri. Sebagai contoh Trimagasi mewakili orang yang realistik dan berubah mengikut keadaan. Jadi jika keadaan memerlukan beliau membuat perkara melampaui batas, beliau lakukan sahaja dengan alasan terpaksa setelah orang atas telah memaksa keadaan mereka. Imogiri pula mewakili golongan optimis yang percaya dengan kebaikan orang. beliau cuba sedaya upaya untuk meyakinkan orang di atas dan bawah untuk mencatu makanan supaya semua orang dalam penjara itu mendapat bahagian mereka. Bharat pula mewakili orang bawahan yang berusaha sedaya upaya untuk naik ke atas, namun sering dijatuhkan oleh orang atas. [Spoiler]

Dengan kata lain, seluruh jalan cerita filem The Platform telah dirancang untuk membawa gambaran tentang segala masalah dengan sistem kapitalis di dunia. Sayangnya, kesudahannya berakhir dengan satu penyelesaian secara teori, dan filem ini tidak secara terus memberikan anda satu kesudahan. Anda perlu mempunyai satu kesimpulan sendiri.

Platform

Ulasan Peribadi

Jika anda seorang Muslim, filem ini akan membuatkan kita bersyukur kerana hidup di sebuah negara Islam dimana konsep Zakat dilaksanakan. Dalam filem ini, golongan bawahan yang tidak langsung mendapat makanan dan golongan atas yang tidak kisahkan oran bawah terpaksa membunuh rakan penjara mereka untuk terus hidup. Begitulah terjadi apabila kemiskinan berleluasa, ia menggalakkan jenayah bukan kerana orang miskin jahat, tetapi keadaan mereka mendesak dan tiada peluang untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Dengan adanya konsep zakat golongan mempunyai harapan untuk meneruskan hidup dan meningkatkan ekonomi mereka melalui bantuan perniagaan kecil. Dengan itu, tiadalah alasan untuk mendengki kepada orang atas. Mereka juga mempunyai peluang untuk meningkatkan pendapatan dengan bantuan pihak lembaga zakat. Jadi, perkara-perkara yang diketengahkan dalam filem ini telahpu ada penyelesaiannya dalam Islam. Sementara itu, negara barat masih tercari-cari penyelesaian kepada kemelut pembahagian kekayaan ini.

Positif vs Negatif

Positif

  • Membuka minda kepada isu pembahagian kekayaan dalam satu kisah yang agak mudah difahami
  • Watak-watak yang direka dengan teliti

Negatif

  • Penonton perlu membuat kesimpulan sendiri

Platform

Kesimpulan

The Platform merupakan sebuah filem yang walaupun ringkas pada produksinya, membawa satu topik yang berat dan serious. Filem ini bukan untuk penonton yang ingin mencari keseronokan, sebaliknya yang ingin mempelajari sesuatu dari tontonannya. Sesuai ditonton ketika anda tiada perkara lain yang ingin dilakukan dan ia tentunya dapat mengisi masa anda dengan satu pengalaman yang baru.

Penilaian

Jalan cerita – 9/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 9/10

Nilai hiburan –7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 7/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *