Oz The Great and Powerful [Review]

Anda tentu pernah mendengat kisah dongeng The Wizard of Oz, namun tentu anda tidak pernah terfikir dari mana Wizard of Oz itu datang. Filem ini adalah prequel daripada kisah Wizard of Oz .

Oz The Great and Powerful [Review]

Filem fantasi pengembaraan ini mengisahkan Oscar, atau dipanggil Oz oleh rakan-rakannya, seorang ahli silap mata dan kaki perempuan ingin menjadi seorang ahli silap mata yang terhebat tetapi tersekat dengan sekadar membuat persembahan kecil-kecilan di sarkas. Oleh kerana dia suka memikat dan menipu gadis, suatu hari dia dikejar oleh seorang lelaki yang tidak puas hati dengannya. Oz melarikan diri ke atas sebuah belon udara panas.

Malangnya belon itu masuk ke dalam puting beliung dan entah kenapa dia dihantar ke suatu dunia fantasi bernama Oz. Di situ dia berjumpa dengan Theodora yang memberitahunya bahawa dialah ahli sihir yang diramalkan akan datang ke Oz dan menyelamatkan dunia itu daripada nenek kebayan jahat dan menjadi raja Oz.

Oz The Great and Powerful

Sinematografi

Oz The Great and Powerful merupakan filem yang disasarkan kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang berkeluarga. Jalan ceritanya mudah difahami dan tidak rumit seperti filem-filem untuk orang dewasa. Sungguhpun demikian, watak Oscar yang kaki perempuan tidak berapa sesuai dalam filem ini.

Filem ini dipenuhi aksi-aksi lucu, landskap berwarna-warni dan pengajaran untuk kanak-kanak. Watak-watak sampingan, terutamanya sang monyet dan China Girl amat berkesan walaupun mereka hanyalah watak CGI.

Jalan ceritanya tidaklah begitu hebat, namun untuk kanak-kanak ia pasti menyeronokkan.

Lakonan

Pada mulanya watak Oscar dilihat tidak sesuai menjadi Wizard of Oz kerana sifatnya yang kaki perempuan dan suka menipu dan sukakan kekayaan dan wang. Kami sangka Wizard of Oz sepatutnya seorang yang bijak dan matang. Namun jika diambil kira keseluruhan jalan ceritanya, watak dan lakonan Oscar memang penting dalam menyampaikan mesej dan pengajaran filem ini.

Seperti dikatakan tadi, watak-watak sidekick dalam Oz iaitu sang monyet dan China girl di animasikan dengan baik. Wataknya hidup dan bertenaga. Bagi watak tambahan lain, lakonan mereka seperti apa yang dijangkakan dalam sebuah filem cerita dongeng, menyebabkan ia kurang menearik bagi penonton dewasa.

Produksi

Kebanyakan babak dalam filem ini dibuat dalam CGI terutamanya babak-babak dalam dunia Oz. Boleh dikatakan lebih 80% filem ini dalam CGI. Jika anda mempunyai wang lebih, menonton filem ini dalam 3D adalah idea yang agak baik, jika anda meminati cerita dongeng.

Dunia Oz telah direka dengan baik mengikut apa yang digambarkan dalam buku-buku dan filem Oz yang lama, dengan jalan batu-bata kuning, Kota Zamrud dan hutan gelap.

Kesimpulan

Filem Oz The Great and Powerful sememangnya disasarkan kepada kanak-kanak. Sungguhpun demikian, orang dewasa juga akan terhibur menonton filem ini dengan babak akhir yang dipenuhi aksi yang menarik. Tidak cukup dengan itu, ia juga memberikan pengajaran yang baik kepada penonton.

Tetapi jika anda menonton wayang dengan kawan-kawan lelaki anda, lebih baik anda menonton filem lain. Jika anda menonton wayang bersama teman istimewa, filem ini mungkin sesuai sebagai hiburan di hujung minggu.

IMDB

Keseluruhan – 7/10
Sinematografi – 6/10
Lakonan Layar – 7/10
Muzik / Soundtrack – 5/10
Produksi Teknikal – 7/10
, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *