Stoker : Kisah Thriller Yang Mental [Review]

Sebuah filem thriller yang diarahkan oleh pengarah filem Korea “Oldboy”, Park Chan-wook, yang berkisar tentang keluarga India Stoker yang baru kehilangan ayah dan pada masa yang sama pakciknya, Charles, yang tidak pernah dia temui sebelum ini dan tinggal bersama keluarganya yang hanya tinggal India dan ibunya serta pembantu rumah mereka. Pakciknya seorang yang kacak dan pandai memikat hati ibunya, namun India menyedari sesuatu yang tidak kena padanya.

Setelah pakciknya tinggal bersama, banyak perkara aneh mula berlaku, terutamanya kehilangan orang yang dikenali keluarga mereka. Apa sebenarnya yang terjadi dan siapa sebenarnya pakciknya itu? Semuanya akan terjawab dalam filem ini.

Stoker : Kisah Thriller Yang Mental [Review]

Stoker

Sinematografi

Mula-mula kami ingin memberi amaran, filem ini hanya sesuai ditonton oleh mereka yang memang gemarkan filem thriller. Ia adalah filem niche. Bagi anda yang tidak gemarkan filem thriller tidak digalakkan menonton filem ini kerana takut kebosanan.

Sepertimana filem-filem thriller yang lain, jalan cerita Stoker agak perlahan dan penuh misteri. Setiap babak terkandung misteri yang harus dirungkai penonton. Anda akan sentiasa bertanya kenapa dan bagaimana sehingga mendapat jawapan pada akhir filem ini.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan isi kandungan ceritanya hanya sedikit dan terdapat banyak babak-babak yang meleret dan membazir masa. Namun seperti mana-mana filem thriller, kesudahannya tidak langsung dapat dijangka oleh sesiapa pun.

Lakon Layar

Bagi anda yang pernah menonton filem Korea Oldboy, tahap mental filem ini sama dengan filem korea tersebut. Lakonan pelakonnya pada dasarnya seperti lakonan pentas teater dan lakonan mereka amat berkesan dalam menimbulkan suasana mental (gila) filem ini.

Percayalah, jika anda menonton filem ini, anda sendiri akan merasa seolah-olah hendak hilang akal melihat gelagat pelakon-pelakon. Begitulah betapa tinggi mutu lakonan dalam filem ini.

Kesimpulan

Kami akan terkejut jika filem ini dapat bertahan 2 minggu di pawagam. Kami berasa filem ini mungkin tidak menepati citarasa rakyat Malaysia tak kira apa kaum pun. Namun secara peribadi, saya memberi tabik hormat kepada para pelakonnya kerana mutu lakonan yang amat baik dan berjaya menimbulkan suasana yang mental sepanjang menonton filem ini. Kami hanya merekomen ini kepada peminat tegar filem thriller.

IMDB

Keseluruhan – 6/10
Sinematografi – 6/10
Lakonan Layar – 7/10
Muzik / Soundtrack – 5/10
Produksi Teknikal – 6/10
, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *