Need For Speed [Review]

Need For Speed merupakan filem adaptasi daripada francais permainan video perlumbaan terkenal dengan nama yang sama. Ia juga merupakan filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat permainan video tersebut, jadi, adakah ia dapat memuaskan hati peminatnya yang mempunyai jangkaan yang tinggi kepada filem ini?

Need For Speed

Need For Speed [Review]

Need for Speed mengisahkan Tobey Marshall yang dituduh menyebabkan kematian rakannya, Pete dalam kemalangan pada satu perlumbaan jalanan tidak dirancang, di mana penyebab sebenar kemalangan tersebut adalah musuh ketatnya, Dino Brewster. Beliau terlepas hukuman kerana melarikan diri menyebabkan tidak cukup bukti untuk menuduhnya.

Apabila dia keluar, dia berazam membuktikan dia tidak bersalah dan memengani perlumbaan rahsia De Leon. Untuk itu dia perlu memandu lebih dua hari ke California untuk memasuki perlumbaan tersebut.

Tanpa disangka, Dino telah menawarkan hadiah kepada sesiapa yang boleh menghalang Tobey dari sampai ke California. Adakah beliau akan berjaya sampai ke California untuk menyertai perlumbaan tersebut?

need-for-speed-2014-dominic-cooper_113410110

Jalan Cerita

Jalan cerita filem ini agak straight forward dan mudah difahami. Namun, dirasakan ia menekankan terlalu banyak pada perjalanan Tobey dan Julia dan cabaran yang dihadapi semasa ke California. Perlumbaan sebenar hanya mengambil masa 15-20 minit terakhir filem tersebut. Ini mungkin menghampakan bagi sesetengah pihak, tetapi dengan aksi-aksi pemanduan yang hebat dan lawak jenaka yang bersahaja, ia mungkin boleh dimaafkan.

Walaupun sebahagian besar plot filem ini boleh dijangka oleh penonton, filem ini menampilkan beberapa kejutan yang membuatkan ia lebih mendebarkan.

need for speed video trailer

Lakonan

Memang tidak dapat dinafikan dialog watak-watak dalam filem ini sedikit teruk dan gaya lakonan, terutamanya anggota polis agak kaku dan tidak bermaya, tetapi watak yang dimainkan Aaron Paul dilakonkan dengan baik. Tetapi beliau tidak dapat menghilangkan gaya lakonan watak Jesse Pinkman dalam siri TV Breaking Bad. Dia memang kelihatan seperti pengedar dadah seperti dalam siri TV tersebut.

NEED FOR SPEED

Secara keseluruhan mutu lakonan pelakon dalam filem ini tidaklah sehebat filem Holywood yang lain, dialognya agak kurang memberangsangkan dan watak tambahannya agak kaku. Tetapi seperti dikatakan tadi, aksi-aksi pemanduan dan lawak jenaka yang ditampilkan menyelamatkan filem ini daripada dikategorikan sebagai teruk.

Produksi

Secara keseluruhan filem ini mempunyai mutu produksi yang baik. CGI yang digunakan baik dan pada tempat yang betul (tidak banyak CGI dugunakan dalam stunt kereta), koreografi pemanduan kereta yang sangat baik (walaupun kereta yang dihancurkan sebenarnya bukan kereta sebenar).

still-of-imogen-poots-in-need-for-speed--inceputuri-(2014)-large-picture

Pihak produksi juga bijak memilih lokasi perlumbaan yang mempunyai banyak persamaan dengan francais permainan video Need For Speed. Ia mengimbau nostalgia buat peminat permainan video tersebut yang telah mengikutinya sejak tahun 90an lagi.

Kesimpulan

Kebaikan:

  • Koreografi pemanduan kereta yang mendebarkan.
  • Mutu produksi yang baik.
  • Filem yang panjang, tetapi berisi.
  • Kemusnahan kereta supercar yang banyak. (jarang kita dapat lihatnya).

Keburukan:

  • 75% filem ini berkisarkan perjalanan Tobey ke tempat mula perlumbaan. Perlumbaannya hanya mengambil masa 15-20 minit filem 2jam ini.
  • Dialog dan susunan dialog agak kurang memberangsangkan.
  • Lakonan pelakon tambahan yang kurang menarik terutamanya anggota polis.
  • Seolah-olah mempromosikan Apple CarPlay (sistem hiburan dan navigasi Apple untuk kereta).

Need For Speed merupakan sebuah filem yang menghiburkan, walaupun ia jelas tidak dapat menandingi francais filem Fast and Furious. Jalan cerita yang ringkasnya tidak akan memenangi mana-mana anugerah, tetapi aksi pemanduan dan lagak ngerinya cukup untuk mewajibkan anda menonton filem ini.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *