Divergent [Review]

Setelah menonton filem-filem aksi-cinta-remaja seperti The Hunger Games dan Twilight Saga, saya tidak meletakkan harapan tinggi kepada filem Divergent kerana ia kelihatan mempunyai tema yang sama dengan filem-filem tersebut. Namun nampaknya saya silap.

divergent

Divergent [Review]

Divergent adalah filem aksi-pengembaraan mendebarkan mengisahkan pada masa depan di mana manusia dibahagikan kepada puak yang berbeza berdasarkan personaliti mereka. Tris Prior diberi amaran bahawa dia seorang Divergent dan tidak  dikategorikan ke dalam mana-mana satu kumpulan.

Apabila dia mendapati satu konspirasi untuk memusnahkan semua Divergents, dia mesti menyiasat apa yang membuatkan menjadi Divergent begitu berbahaya sebelum ia terlambat. Berdasarkan siri buku terlaris oleh Veronica Roth.

Divergent-Trailer-divergent-35399503-1365-566

Jalan Cerita

Jangka masa tayangan filem ini panjang, namun ia merupakan jangka masa yang tepat untuk memuatkan isi kandungan jalan ceritanya. Semua isi penting filem ini disusun secara rapi untuk dimuatkan dalam lebih kurang 2 jam masa tayangannya.

Sebaik mulanya filem ini ia tidak membuang masa dan terus bermula dengan isi-isi penting seperti latar belakang sistem kumpulan atau “faction” dan bagaimana seseorang itu memilih kumpulan yang akan disertainya seumur hidup.

Namun, setelah memilih kumpulan, sebahagian besar jalan ceritanya adalah bagaimana heroin, iaitu Tris Prior meningkat dari “underdog” kepada heroin yang disanjung ramai dalam kumpulannya. Lebih kurang sama dengan jalan cerita kebanyakan filem sebegini.

la_ca_0708_divergent

Namun kelebihan filem ini ialah ia tidak terlalu menumpukan kepada element percintaan, sebaliknya ia banyak menekankan elemen politik dan pembangunan kendiri yang dialami Tris yang berusaha untuk menyembunyikan sifat Divergentnya daripada diketahui pihak berkuasa yang akan membunuhnya jika diketahui mereka.

Jalan ceritanya adalah gabungan seimbang antara aksi, drama dan jalan cerita menarik. Namun terdapat 2 babak yang dipotong, satu kerana bercium (faham) satu lagi kerana kelihatan seperti kerana pisau menembusi tangan orang jahat.

Apa pun, jalan ceritanya, walaupun bukan sesuatu yang baru, disusun dengan baik dan tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Namun, ia tidak mempunyai penghujung yang muktamad, mungkin kerana mahu membuat sekuel atau siri TV.

Kesimpulan

Kebaikan

  • Susunan isi jalan cerita yang baik dan seimbang antara aksi, drama dan jalan cerita menarik.
  • tidak terlalu bergantung kepada element cinta.

Keburukan

  • Masih jelas kelihatan seperti filem remaja berbanding filem untuk orang dewasa.

Divergent merupakan sebuah filem yang dibikin dengan baik. Walaupun tidak banyak perkara buruk yang boleh dikatakan mengenainya, ia juga tidaklah juga mempunyai banyak kelebihan yang memberangsangkan.

Kekuatannya pada jalan cerita yang disusun dengan baik serta seimbang dari segi elemen aksi, drama dan jalan cerita. Ia sebuah filem yang menghiburkan dan berbaloi untuk ditonton.

Ia juga ternyata lebih baik dari The Hunger Games dan jauh lebih baik daripada Twilight Saga.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *