3 Days To Kill [Review]

Harus diakui kelibat pelakon veteren Kevin Kostner jarang sekali kelihatan di panggung wayang lewat ini. Beliau seolah-olah hilang dari Holywood. Namun filem terbarunya ini memberikan nafas baru kepada karrier lakonannya ini.

3 Days To Kill

3 Days To Kill [Review]

3 Days To Kill merupakan sebuah filem aksi / komedi mengenai seorang pembunuh upahan CIA bernama Ethan yang ditugaskan untuk membunuh seorang pengedar senjata pemusnah. Setelah percubaan pertama gagal, beliau mendapati bahawa dirinya dijangkiti penyakit kanser dan hanya akan hidup sehingga 5 bulan sahaja.

Setelah menerima kenyataan itu, Ethan mengambil keputusan untuk berhenti daripada kerjayanya itu dan menumpukan kepada bekas isteri dan anak perempuannya yang ditinggalkan sejak 5 tahun lalu.

Tanpa disangka agen CIA bernama Vivi tekad untuk mendesak Ethan untuk menghabiskan tugasannya untuk membunuk pengedar senjata itu dan menawarkannya rawatan eksperimental untuk merawat kansernya. Memikirkan masa lebih yang boleh dihabiskan bersama anaknya, beliau bersetuju. Di sinilah bermulanya kisah Ethan.

Film Review 3 Days To Kill

Jalan Cerita

Filem ini bukanlah filem aksi sepenuhnya dan bukan filem komedi sepenuhnya, tetapi ia adalah gabungan aksi, komedi dan drama untuk menghasilkan satu filem yang menghiburkan. Oleh kerana ia adalah usahasama pengarah McG dan lakonlayar Adi Hassak dan Luc Besson, anda boleh melihat elemen-elemen lucu bertemakan Perancis seperti apa yang dilihat pada filem-filem Perancis seperti Wassabi dan Taxi.

Di samping itu anda juga boleh mengharapkan babak-babak aksi yang mendebarkan, tipikal untuk sebuah filem Holywood. Walaubagaimanapun, sebahagian besar daripada filem ini adalah mengenai bagaimana Ethan membiasakan diri untuk hidup sebagai seorang ayah dan memenangi kembali hati anak perempuannya, Zoey setelah 5 tahun menghilangkan diri.

Beliau juga dipakasa mengimbangkan waktu “berkerjanya” dengan waktu untuk dihabiskan bersama Zoey, tanpa mendedahkan kepada Zoey pekerjaannya sebagai seorang pembunuh upahan. Ini membawa kepada banyak situasi dan babak-babak lucu yang bersahaja dan pasti membuat satu panggung ketawa.

Sungguhpun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa jalan ceritanya agak mudah dan tidaklah kompleks sepertimana filem-filem pengintip Holywood yang lain, tetapi ia menghiburkan.

3 Days To Kill

Kesimpulan

Kebaikan:

  • Jalan cerita yang mudah difahami
  • Lawak yang sangat lucu dan bersahaja
  • Satu pengajaran yang baik bagi bapa-bapa yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabaikan anak mereka.
  • Menghiburkan

Keburukan

  • Menampakkan seperti CIA tidak begitu professional.
  • Jalan ceritanya agak ringkas untuk mereka yang mengharapkan sebuah filem aksi thriller.

Jika anda mengharapkan sebuah filem spy yang berat, mungkin anda akan hampa. Namun jika anda hanya menonton untuk berhibur, ternyata anda akan berpuas hati dengan filem 3 Days To Kill. Apatah lagi, ia bukan sahaja lucu dan bersahaja, ia juga memberi pengajaran dan kesedaran kepada mereka bergelar bapa.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *