300 Rise of an Empire, sambungan kepada filem 300 yang diterbitkan pada tahun 2007 merupakan sebuah filem epik sejarah yang mengisahkan peperangan antara Parsi dan Greece.

300 Rise of an Empire [Review]
300 Rise of an Empire mengisahkan kejadian sebelum, semasa dan selepas kejadian yang berlaku kepada Raja Sparta, Leonidas. Ia mengikuti perjuangan Themistokles, komander tentera Athens dan askarnya dalam menghentikan tentera laut Parsi yang diketuai seorang komander wanita Greek yang berpaling tadah, Artemisia.
Jalan Cerita
Filem in terbahagi kepada 3, sebelum kejadian yang berlaku dalam filem 300, semasa kejadian dalam filem 300 dan selepas kejadian yang berlaku dalam filem 300.
Dalam bahagian pertama diceritakan asal-usul konflik di antara kerajaan Parsi dan negeri-negeri Greek. Ia juga menceritakan bagaimana raja Xerxes menjadi seorang raja yang kejam yang didewa-dewakan rakyat dan tenteranya.

Namun melainkan kisah sejarah tersebut, tidak ada banyak yang menarik, dari segi jalan cerita, dalam filem ini. Kebanyakan babak-babak berikutnya adalah babak peperangan yang penuh dengan darah, anggota badan yang berterbangan, kekejaman dan CGI yang amat banyak.
Secara keseluruhannya jalan ceritanya mudah difahami dan tidak meleret panjang, namun, dialog-dialognya kadang-kala tidak memberangsangkan dan kurang memberi inspirasi sebagaimana ia sepatutnya.
Produksi
Secara keseluruhannya, keseluruhan filem ini menggunakan CGI dengan banyak, malah tidak ada satu babak pun yang tidak disentuh oleh grafik komputer. Ia ada kebaikannya dan ada keburukannya.
Kebaikannya ialah babak-babak aksi epik yang sukar dilakukan secara biasa dapat dilakukan dengan bantuan CGI. Namun keburukkannya ialah element seperti darah jelas kelihatan palsu dari segi warna dan tekstur.

Tetapi jika difikirkan kembali, kebaikan darah yang kelihatan palsu ialah ia sedikit-sebanyak mengurangkan rasa gerun semasa menonton kebanyakan babak ganas di mana anggota-anggota badan terpotong, kepala di tetak dan sebagainya.
Kesimpulan
Kebaikan
- Jalan cerita yang straight to the point.
- CGI yang memberi kesan baik kepada landskap dan babak perang.
- Babak peperangan yang epik.
Keburukan
- Jalan cerita kurang isi.
- CGI memberi kesan buruk kepada warna darah menjadikannya kurang realistik.
- Babak berucap yang mempunyai dialog yang kurang memberi inspirasi.
- Kesuluruhan jalan cerita boleh diagak (cliche).

Tidak dapat dinafikan ada yang mempunyai teori konspirasi bahawa filem 300 Rise of an Empire di mana ia memaparkan peperangan antara Parsi dan Greece, menggambarkan permusuhan Iran dengan dunia barat, namun adalah lebih mudah untuk menonton filem ini dan melupakan teori konspirasi.






