Monster Hunter – Filem Berdasarkan Permainan Video Popular [Review]

Panggung wayang telah mula dibuka sejak lebih seminggu lalu tetapi admin sengaja tak mahu pergi terlalu awal dan mengambil langkah tunggu dan lihat. Minggu pertama memperlihatkan pihak keselamatan memantau panggung wayang bagi memastikan SOP dijaga pihak panggung. Nasib baik semasa admin pergi semalam untuk menonton filem Monster Hunter, pihak keselamatan tidak lagi memantau ketat panggung wayang. Dapatlah admin menonton dengan tenang dan memberikan pendapat admin mengenainya di sini.

Monster Hunter

Monster Hunter – Filem Berdasarkan Permainan Video Popular [Review]

Monster Hunter merupakan sebuah filem adaptasi daripada sebuah permainan video popular dengan tajuk yang sama. Dalam filem ini sepasukan tentera Amerika diketuai Kapten Artemis (Mila Jovovich) yang ditugaskan untuk mencari satu lagi pasukan tentera yang hilang ketika meronda di Afghanistan. Sedang mereka mencari, satu ribut pasir aneh melanda dan ribut tersebut membawa mereka ke satu tempat yang berlainan dari landskap Afghanistan yang mereka kenali.

Di sini lah pengembaraan mereka bermula. Untuk mengetahui kesudahannya, tontonlah filem Monster Hunter di pawagam berhampiran.

Review

Pertama sekali, admin bukan seorang pemain permainan video Monster Hunter, bermakna admin tidak tahu menahu mengenai latarbelakang permainan video tersebut dan berapa banyak persamaannya dengan filem ini. Jadi admin review filem ini sebagai seorang penonton baharu dan bukannya peminat atau pemain permainan video Monster Hunter.

Monster Hunter

Keganjilan pertama yang admin perasan semasa mula-mula menonton filem ini adalah percanggahan mengenai pendekatan penceritaan pembikin filem barat dan timur. Karya asal Monster Hunter ini berasal dari Jepun yang mengambil pendekatan fantasi, tetapi para pembikin utama filem ini di Holywood, sedaya upaya hendak memasukkan elemen Sci-Fi ke dalamnya. Sebab itulah latarbelakang watak-watak utamanya merupakan latarbelakang ketenteraan. Malah keseluruhan dunia Monster Hunter digambarkan sebagai satu dunia fantasi, manakala dunia realiti digambarkan sebagai dunia ketenteraan. Mungkin mereka mengambil pendekatan ini untuk menarik lebih ramai penonton?

Dari segi rekaan karakter, ternyata ia lebih mengambil ilham dari filem-filem fantasi, terutamanya watak Kapten Artemis yang begitu cepat menerima kenyataan mengenai dunia fantasi yang dijumpainya. Seolah-olah beliau adalah Wendy Darling yang dibawa ke Never Neverland oleh Peter Pan. Perubahan dari watak kapten tenter yang serious kepada seorang pengembara dunia raksasa terlampau ketara dan mendadak. Tak sempat beliau berada dalam fasa denial.

Monster Hunter

Sebab itulah genre sci-fi dan fantasi tidak patut digabungkan seperti dalam filem ini, kerana peminat Sci-fi sentiasa hendak mencari jawapan dan rational mengenai suatu konsep sebuah filem, walaupun jawapan tersebut tidak tepat dari segi saintifik. Peminat filem fantasi pula hanya menerima segala perkara luarbiasa dalam konsep sebuah filem sebab ia memang jelas sekali cerita dongeng.

Namun, secara keseluruhan, jika anda tidak terlalu memikirkan logik dan hanya layan sahaja filem ini, ia tidaklak begitu teruk. Mungkin pembinaan karakternya, terutamanya pembinaan hubungan musuh-kawan antara Kapten Artemis dengan Hunter tidak cukup mendalam dan kemunculan karakter sokongan terlalu lewat dalam filem, memberi sedikit ketidakpuasan hati ketika menonton tetapi secara keseluruhan filem ini bolehlah ditonton. Dengan kata lain, penonton, terutama penonton yang tidak main permainan videonya, tidak cukup “ditenggelamkan” ke dalam dunia raksasa menyebabkan penonton tidak cukup emotionally invested dalam dunia tersebut. Mungkin terlalu banyak masa dihabiskan untuk mengalahkan raksasa Diablo, aspek-aspek lain dunia raksasa ini tidak sempat didedahkan kepada penonton.

Terfikir juga admin apa pula pendapat pemain permainan video Monster Hunter mengenai filem ini. Admin rasa mungkin mereka akan kecewa dengan hasilnya.

Monster Hunter

Positif vs Negatif

Positif

  • Kualiti CGI dan efek praktikal yang OK (kecuali babak pertempuran terakhir di dunia nyata).
  • Percubaan agak baik untuk menggabungkan genre Sci-fi dengan Fantasi, walaupun tidak berapa menjadi.

Negatif

  • Bukti genre Sci-fi dengan fantasi sukar untuk digabungkan
  • Jalan cerita yang kurang isi
  • Pengenalan kepada dunia raksasa masih kurang mendalam

Monster Hunter

Penilaian

Jalan cerita – 6/10

Lakonan/Rekaan watak-watak –6/10

Nilai hiburan – 6/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 7/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *