Baru-baru ini Netflix telah mula menyiarkan siri anime 7 episod Pacific Rim The Black yang admin menunggu-nunggu penyiarannya. Admin sempat menonton dan menghabiskan tontonan dalam masa 2 hari. Berikut merupakan pendapat admin mengenainya.
Pacific Rim The Black – Anime Menyambung Kisah Pacific Rim Uprising [Review]
Pacific Rim The Black berlangsung selepas kejadian dalam filem Pacific Rim Uprising di mana benua Australia telah di kerumuni Kaiju sehingga semua Jaeger yang ditempatkan di situ gagal mempertahankannya. Sebelum Australia jatuh sepenuhnya, jurukemudi Jaeger Ford Travis dan isterinya Brina Travis telah menempatkan dua anak mereka, Taylor dan Hayley, bersama para mangsa yang selamat ke satu kawasan selamat di mana mereka boleh meneruskan hidup.
Mereka berjanji akan pulang bersama bantuan selepas 2 minggu, tetapi tidak pulang setelah 5 tahun. Sudah remaja, kedua adik beradik ini bercanggah pendapat samada ibu bapa mereka hidup atau mati. Satu hari Hayley yang kononnya ingin meninggalkan kem di mana mereka tinggal, terserempak dengan markas Jaeger bawah tanah, di mana terdapat sebuah Jaeger. Secara tidak sengaja, mereka menghidupkannya lalu menyebabkan Kaiju dapat mengesan dan menyerang kem mereka. Adakah mereka akan selamat? tontonlah siri anime ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.
Review
Pertama sekali, admin ingin katakan, admin menyesal tidak menonton filem Pacific Rim Uprising dengan teliti kerana terdapat banyak rujukan kepada filem tersebut dalam siri anime ini. The Black, merujuk kepada kawasan Australia yang telah jatuh ke tangan Kaiju memperlihatkan satu landskap yang berbeza setelah 5 tahun kejatuhan tamadun manusia di Australia. Manusia semua hidup menyorok dan berpuak-puak di mana golongan yang memiliki paling banyak teknologi jaeger akan berada di atas.
Semasa menonton Pacific Rim Uprising, admin berasa filem itu agak….meh…tidaklah begitu menarik. Tetapi konsep-konsep seperti manusia yang boleh mengawal Kaiju dan Jaeger berasaskan Kaiju telah diperkukuhkan dalam siri anime Pacific Rim The Black, menjadikannya lebih menarik. Tambahan pula, kerana ia berformat anime, penonton atau peminat anime lebih mudah menyerap asas-asas dalam dunia The Black ini. Dengan kata lain penonton lebih bebas menjadi anime nerd.
Tetapi kerana siri ini hanyalah pengenalan kepada dunia The Black, ia hanya memperkenalkan elemen-elemen penting kepada dunia tersebut tanpa mengulas panjang mengenai setiap elemen tersebut. Ini menyebabkan anda tidak puas menonton, lebih-lebih lagi kerana setiap episodnya kurang 30 minit sahaja. Maksud admin dengan tidak puas adalah teruja dan tidak sabar menunggu untuk lebih banyak episod.
Bercakap mengenai kualiti anime pula, ia berada di tahap yang tinggi dari segi animasinya. Ia banyak menggunakan animasi model 3D, tetapi sangat berkualiti dan lancar. Anime ini dibikin dalam bahasa Inggeris dan daripada dialognya pula, ternyata ia ditulis oleh orang putih dan bukannya dialih bahasa daripada Jepun. Gaya lenggok bahasa dan penggunaan slanga menampakkan penulis skrip adalah orang putih. Jika ia diterjemah dari bahasa Jepun pun, bermakna penterjemahnya sangat bijak mengunakan bahasa Inggeris menepati cara penggunaannya oleh orang putih, terutamanya khususnya orang Australia dan Amerika.
Sebenarnya dari sudut pandang penonton anime, siri filem Pacific Rim seolah siri anime yang di”live action“kan oleh pembikin filem Holywood. Walaupun saya berasa Holywood mengadaptasi filem live action daripada anime/manga lebih baik daripada orang Jepun, namun “roh” (soul) anime tiada di dalamnya. Filem pertama Pacific Rim admin rasa OK, cuma ia nampak sangat seperti satu interpritasi barat mengenai sebuah anime.
Filem kedua, Pacific Rim Uprising pula, nampak sangat para pembikin filemnya ingin menembusi pasaran China, lalu menghapuskan elemen Jepun dan menukarkannya kepada China. Inilah yang membuatkan admin berasa siri Pacific Rim ini telah musnah. Tetapi dengan Pacific Rim The Black, admin merasakan para pemilik IP Pacific Rim cuba memperbaiki haluan francais ini dan admin rasa ia nampak positif.
Namun terlalu awal untuk menentukan samada siri anime Pacific Rim akan sukses. Kita perlu melihat kepada musim kedua dan seterusnya. Tetapi pada mendapat admin, elemen-elemen yang menjadikannya sebuah anime yang menarik telah berjaya diterapkan dalam siri ini. Kita hanya perlu melihat bagaimana ia dikembangkan.
Positif vs Negatif
Positif
- Jalan cerita menarik dan menepati ciri-ciri sebuah anime
- Dialog/skrip yang baik
- Kualiti animasi yang baik
- Watak-watak yang berkarisma
Negatif
- Masih terlalu awal untuk menentukan siri ini akan sukses atau tidak
Penilaian
Jalan cerita – 8/10
Lakonan/Rekaan watak-watak –8/10
Nilai hiburan – 8/10
CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 10/10