Admin membuka aplikasi Netflix tempoh hari dan filem Sentinelle telah terpampang di muka hadapan aplikasi tersebut. Tanpa berfikir panjang, admin pun menonton filem tersebut yang baru mula ditayangkan. Berikut perkongsian admin mengenainya.
Sentinelle – Filem Aksi Yang Mengundang Depresi [Review]
Sentinelle mengisahkan Klara, seorang askar penterjemah Perancis yang dihantar ke medan perang di timur tengah kerana kefasihannya bercakap 5 bahasa. Satu insiden pengebom berani mati menyebabkan beliau trauma dan diarahkan untuk dihantar pulang ke Perancis dan menyertai Operation Sentinelle iaitu pasukan askar yang meronda bandar dan tempat pelancongan bagi mempertahankan negara sekiranya ada serangan pengganas. Namun, kerjanya rutin dan membosankan.
Satu malam, adiknya Tania mengajaknya ke kelab malam di mana beliau berjumpa sekumpulan lelaki Russia kaya di sana. Klara dan Tania berpecah dan bersosial dengan teman masing-masing. Keesokkan harinya, Klara hairan kerana beliau tidak dapat menghubungi Tania. Mesejnya tidak dijawab. Rupa-rupanya Tania berada di hospital kerana dirogol oleh kumpulan lelaki yang ditemuinya di kelab malam berkenaan.
Lelaki yang didampingi Tania, Yvan Kadnikof, merupakan anak kepada orang ternama dan berkepentingan di Perancis menyebabkan polis sukar untuk menyiasat kes ini.
Klara mengambil keputusan untuk bertindak sendiri. Adakah beliau akan berjaya? Tontonlah filem ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.
Review
Admin pada mulanya menyangka filem ini adalah filem aksi seperti Taken atau filem-filem The Transporter. Malangnya kurang tepat. Filem ini adalah drama yang mempunyai beberapa babak-babak aksi dalamnya. Sebahagian besar filem ini memaparkan Karla bergelut dengan PTSDnya, meronda bandar Paris sebagai askar dan mencari cara bagaimana untuk membalas dendam. Babak aksinya ada beberapa dan secara umum biasa sahaja.
Jalan ceritanya juga agak direct dan tiada putaran plot dan jalan ceritanya agak biasa dilihat di mana golongan marhaen dizalimi golongan elit dan mahu membalas dendam. Tiada orang di sebalik tabir atau tangan-tangan ghaib yang ingin mengubah haluan plot filem ini. Lakonan watak-watak selain watak utama juga agak mengecewakan. Para teman sepasukan Klara seperti tidak berkawan dengannya dan kurang tegas semasa beliau bertindak sendiri. Seolah-olah kurang logik atau realistik sebagai pasukan tentera berdisiplin.
Akhir sekali, setelah menonton banyak filem-filem dan siri di Netflix tidak dapat disangkal lagi bahawa Netflix membawa pelbagai agenda negatif dalam filem-filemnya. Pertamanya agenda LGBT dan sex di mana dalam filem ini dan beberapa filem lain dapat dilihat adegan lucah ini bersepah dalam filem-filem Netflix walaupun memang tiada kaitan dengan jalan cerita. Seolah babak lucah itu dijadikan syarat untuk membikin sebuah filem untuk Netflix. Filem Sentinelle ini tidak terkecuali. Di samping itu seperti biasa, ia akan memaparkan orang timur tengah sebagai pengganas. Tetapi pengarah/penulis Sentinelle bijak kerana watak penjahat dan watak Klara yang dimainkan Olga Kurylenko kedua-duanya berketurunan Russia, jadi tiada soal mengenai orang Perancis vs Russia dan sebagainya.
Kesimpulannya, filem admin tidak begitu rekomen menonton filem Sentinelle kecuali anda memang tiada apa lain untuk ditonton. Walaupun aksinya agak mendebarkan, secara keseluruhannya filem in kurang memberangsangkan.
Positif vs Negatif
Positif
- Secara keseluruhan jalan ceritanya OK sahaja
- Babak aksi yang mendebarkan
Negatif
- Jalan cerita tiada putaran plot kecuali di penghujung (Kalaupun boleh digelar putaran plot)
- Lakoanan selain watak utama yang kurang memberangsangkan
- Unsur negatif dalam filemnya
Penilaian
Jalan cerita – 5/10
Lakonan/Rekaan watak-watak –6/10
Nilai hiburan – 5/10
CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 6/10