Minari – Filem Kekeluargaan Pemenang Anugerah Akedemi [Review]

Minari merupakan antara filem berbahasa Korea yang memenangi anugerah akedemi baru-baru ini. Admin teruja juga untuk menonton filem ini tetapi pada masa yang sama admin faham filem-filem yang memenangi anugerah akedemi biasanya bukanlah filem arus perdana yang menggabungkan aksi, lawak jenaka atau hiburan kosong. Admin berkesempatan menoton filem ini semalam dan ini adalah pendapat admin mengenainya.

Minari

Minari – Filem Kekeluargaan Pemenang Anugerah Akedemi [Review]

Minari mengisahkan sebuah keluarga imigran Korea, Jacob Yi, isterinya Monica dan anak-anak mereka David dan Anne, yang berpindah ke Arkansas, Amerika dari California demi untuk memulakan sebuah ladang yang menghasilkan sayur-sayuran Korea. Ia mengisahkan suka duka keluarga ini dalam usaha membangunkan ladang tesebut dan kedatangan nenek untuk bersama keluarga mereka. Tontonlah filem ini untuk mengetahui kisahnya.

Minari

Review

Sepertimana admin katakan sebelum ini, filem yang memenangi anugerah akedemi biasanya bukan filem arus perdana, jadi kita tidak boleh mengharapkan sebuah filem berasaskan hiburan atau aksi. Filem Minari ini menepati ciri tersebut. Ia sebuah filem drama yang perlahan dan memerlukan penghayatan. Jadi buat mereka yang tidak gemarkan filem sebegini, admin nasihat awal-awal bahawa filem ini berkemungkinan tidak sesuai untuk anda.

Berbalik kepada review, secara keseluruhan kekuatan filem ini adalah dari lakonan dan skrip yang jujur, terutamanya dari watak kanak-kanak utamanya, David. Jika anda pernah menonton filem Gubra atau Sepet arahan Allahyaraham Yasmin Ahmad, terdapat banyak persamaan dari segi gaya filemnya. Dan Kejujuran dalam lakonan inilah yang menjadi daya penarik untuk menonton filem ini dengan lebih lanjut. Penonton merasakan seperti berada bersama keluarga tersebut.

Watak-watak dalam filem ini juga berkarakter tinggi dan mempunyai personaliti mereka tersendiri. Terutamanya pembantu kebun Jacob Yi bernama Paul yang berperwatakan seperti ada “skru yang longgar di kepalanya”, tapi pada masa sama sangat rajin dan suka membantu. Neneknya juga mempunyai perwatakan yang unik dan selalu berseloroh dengan David yang gemar membuat kenyataan “jujur” dengan neneknya itu.

Minari

Mengenai jalan ceritanya, sebelum menonton filem ini admin sangkakan filem ini akan menceritakan tentang diskriminasi terhadap keluarga Korea ini oleh orang Amerka, tetapi ternyata admin tersilap. Admin menyangka sebuah filem yang memenangi anugerah akedemi tentulah ada jalan cerita yang sofistiketed dan berputar-belit, tetapi realitinya adalah sebaliknya. Jalan ceritanya sangat straight forward dan tiada putaran plot. Ia menekankan pengalaman-pengalaman yang dilalui keluarga tersebut, diceritakan melalui visual. Teknik visual communication digunakan di mana apa yang berlaku di skrin tidak semestinya diceritakan menggunakan perkataan, tetapi penonton mentafsir melalui visual.

Dan biasanya apa yang dipaparkan adalah apa yang dipaparkan. Tidak perlu berfikir makna tersirat. Walaubagaimanapun, kesudahan filem ini yang mendadak, memerlukan penonton untuk membuat kesimpulan sendiri tentang apakah pengajaran yang diperolehi dari filem ini. Sejujurnya ia sangat simple, tetapi mungkin pemikiran admin yang selalu menonton filem yang kompleks menyebabkan pemikiran admin melayang entah kemana.

Kesimpulannya, filem ini adalah filem yang memerlukan lebih penghayatan bukan pemikiran. Jadi, tontonlah dengan hati, bukan dengan otak semata-mata. ia bukan untuk semua. Bagi yang gemar filem sebegini ia sangat menarik, tetapi kepada yang tidak gemarkan format penceritaan seperti dalam filem Minari, tentu akan menilainya teruk.

Positif vs Negatif

Positif

  • Gelagat jujur yang menghiburkan
  • Jalan cerita yang ringkas dan santai
  • Lakonan yang mantap

Negatif

  • Bukan untuk semua jenis penonton
  • mungkin agak terlalu simple untuk sesetengah penonton

Penilaian

Jalan cerita – 9/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 9/10

Nilai hiburan – 9/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *