Filem genre penyiasatan ala Sherlock Holmes merupakan satu genre yang agak niche dan filem-filem sebegini perlu ditulis oleh penulis berkaliber serta bijaksana untuk menghasilkan sebuah filem yang merangsang pemikiran penonton tanpa membosankan. Filem Knives Out merupakan filem terbaru untuk memasuki panggung wayang dan oleh kerana kami agak berminat dengan genre filem ini kami mengambil keputusan untuk menonton filem ini di pawagam.
Knives Out – Filem Misteri Yang Menghiburkan
Knives Out mengisahkan keluarga Harlan Thrombey, seorang novelis tema misteri yang berjaya dan sangat kaya. Beliau dijumpai mati di dalam biliknya sehari selepas parti hari jadinya yang ke 85 dipercayai membunuh diri. Seminggu kemudian, detektif Benoit Blanc, seorang penyiasat peribadi yang bijak diupah untuk menyiasat kematian Harlan Thombey. Satu per satu ahli keluarga dan jururawatnya disoal siasat, semuanya ada motif dan alibi mereka tersendiri.
Benarkah Harlan dibunuh? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.
Review
Kebanyakan filem penyiasatan seperti ini mempunyai mood yang serious dan kurang ceria. Namun, perkara pertama mengenai filem ini ialah ia lebih santai dan mengandungi lawak jenaka yang mengurangkan stress penonton, berbanding filem yang setiasa menyiasat dari awal hingga akhir. Filem “Murder on the Orient Express” sebagai contoh, mempunyai jalan cerita yang serious dan tidak memberi banyak ruang penonton merehatkan minda. Filem Knives Out lebih santai dan menyeronokkan.
Jalan ceritanya dan putaran plot sememangnya penting dalam menentukan samada filem dalam genre ini akan berjaya menarik minat penonton atau tidak. Sukacita dimaklumkan, segala misteri dan putaran plot dalam filem ini memang sukar untuk dijangka, walaupun anda telah menonton banyak filem sebegini. Dalam filem “Murder on the Orient Express” admin berjaya meneka siapa pembunuhnya sebelum ia dibongkarkan oleh watak penyiasatnya. Tetapi dalam filem Knives Out, dipertengahan filem, anda mungkin merasakan anda tahu siapa pembunuhnya dan kenapa beliau membunuh Harlan Thrombey, namun kami jamin anda tentu salah. Segala plot dan sebab-sebab sememangnya tidak dijangka. Anda perlu memberi tumpuan dan mendengar segala perincian dan percakapan antara watak-watak untuk memahami kesudahannya.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, filem ini santai dan mempunyai lawak jenakanya sendiri. Perkara ini membolehkan penonton tidak bosan dan fokus kepada plot filem. Lakonon watak-watak dalam filem ini juga dilakonkan dengan baik di mana setiap watak ada ragam dan perangainya tersendiri yang unik dan semua mereka mahu membolot harta pusaka ayah mereka itu. Cuma mungkin anda akan berasa janggal sedikit mendengan James Bond 007 bercakap dalam loghat selatan Amerika.
Secara keseluruhan filem ini adalah sebuah filem yang sangat menghiburkan dan merangsang minda penonton. Penulis telah mencuba sedaya upaya supaya keseluruhan plot filem ini tidak dapat diteka oleh penonton dan penulisnya juga telah mengelakkan dari penggunaan babak penghabisan yang cliche. Kami sangat berpuas hati dengan bagaimana filem ini diakhiri.
Positif vs Negatif
Positif
- Plot yang tidak dapat dijangka dari awal hingga akhir
- Lawak jenaka yang menghiburkan
- Lakonan watak-watak yang sememangnya sukar dikalahkan
Negatif
- Watak detektif Benoit Blanc tidak ditonjolkan sebanyak yang diharapkan, seolah beliau kerja di latar belakang.
- Tidak seperti filem “Murdur on the Orient Express”, filem ini tidak menerangkan satu per satu setiap butiran dan bukti penyiasatan untuk diproses penonton, sebaliknya penonton perlu menilai sendiri butiran apa yang penting dan apa yang tidak untuk membuat kesimpulan.
Kesimpulan
Filem Knives Out adalah sebuah filem yang merangsang minda anda dan pada masa yang menghiburkan. Cuma, jangan tonton dealang keadaan mengantuk kerana anda mungkin akan terlepas butiran penting dalam penyiasatan. Bagi anda yang gemarkan filem penyiasatan dan suka bermain teka-teki, filem ini sesuai untuk anda. Ia cuba memasukkan elemen aksi, namun ia tidak banyak.