Antarabangsa

Jumanji The Next Level – Menghiburkan Seperti Dijangka

Admin masih ingat filem Remake Jumanji pertama yang ditayangkan pada tahun 2017 yang mendapat kutipan tertinggi di Malaysia. Kini filem sekuelnya, Jumanji The Next Level telah mula ditayangkan di Malaysia dan menjadi salah satu filem yang ditunggu-tunggu musim cuti sekolah ini. Kami sempat menonton filem ini dan berikut pendapat kami mengenai filem ini.

Jumanji The Next Level

Jumanji The Next Level – Menghiburkan Seperti Dijangka

Dalam filem Jumanji The Next Level, 4 sekawan kita telah mula masuk ke kolej dan telah berpecah. Kini mereka bercadang  berjumpa kembali untuk cuti krismas selepas beberapa tahun kejadian filem pertama. Namun dalam perjumpaan tersebut, Spencer tidak hadir. Beliau sebenarnya dalam kemurungan dan setibanya di rumah beliau menjumpa kembali konsol permainan video Jumanji yang telah dipecahkan dahulu dan cuba membinanya kembali.

Dipendekkan cerita, Spencer disedut semula ke dalam permainan tersebut. Tidak mahu meninggalkan rakan mereka, Fridge, Martha dan Bethany turut mengikut. Tanpa disedari mereka membawa masuk atuk Spencer, Eddie dan rakannya Milo ke dalam permainan tersebut, menjadikan permainan kali ini “unik”.

Dapatkah mereka menjumpai Spencer dan kemudian menyelamatkan Jumanji? Tontonlah filem ini di pawagam untuk mengetahui kesudahannya.

Jumanji The Next Level

Review

Filem kali ini berbeza sedikit dari sebelum ini di mana ia lebih menumpukan pada konflik hubungan antara watak-watak dalam filem ini berbanding masalah yang dihadapi dunia Jumanji. Ia juga membawa masuk watak datuk Spencer dan rakannya Milo yang kedua-duanya mempunyai perwatakkan yang sangat berbeza dan sering bertengkar. Ini menambahkan lagi kelucuan dalam filem ini.

Bercakap mengenai watak-watak, kali ini lebih ramai watak pemain yang masuk ke Jumanji. Kalau dahulu hanya 4 orang campur Alex (Watak dimainkan Nick Jonas), tapi kali ini sehingga 7 orang pemain yang memasuki Jumanji. Dengan lebih ramai watak, lebih banyak kerenah yang dilihat menceriakan filem kali ini.

Selain itu anda boleh mengharapkan lawak jenaka, keseronokan dan aksi yang berada di tahap yang sama dengan filem pertama. Jika anda suka filem pertama, kami sangat yakin anda akan sukakan filem sequel ini.

Sebenarnya tidak banyak yang kami dapat katakan mengenai filem ini selain ia sebuah filem yang menghiburkan, lucu dan penuh aksi. Kami pasti, ia akan menghiburkan penonton tak kira peringkat umur. Tidak juga banyak perkara negatif yang dapat  kami katakan. Mungkin kami boleh katakan ia mengambil jalan selamat dengan tidak memperkenalkan tema-tema luarbiasa dalam jalan ceritanya.

Walaubagaimanapun, pastikan anda menonton babak pasca kredit. Dari babak tersebut, kami dapat simpulkan sequel berikutnya adalah sesuatu yang lain dari lain. Nantikannya.

Apa pun anda perlu menontonnya sendiri untuk mendapat pandangan sendiri.

Jumanji The Next Level

Postif vs Negatif

Positif

  • Menghiburkan, lucu dan penuh aksi
  • Watak-watak yang ceria dan penuh karakter
  • Jalan cerita yang santai dan tidak membosankan

Negatif

  • Tiada perkara baru yang ditonjolkan

Jumanji The Next Level

Kesimpulan

Filem Jumanji The Next Level merupakan salah satu filem yang perlu ditonton dan kami boleh jamin anda pasti akan terhibur menonton filem ini. Ia sesuai ditonton oleh semua peringkat umur tetapi ada babak bercium, jadi jaga anak-anak anda.

Penilaian: 7.5/10

IMDB

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The Latest

To Top