Siri filem The Hunger Games bukanlah salah satu siri filem kegemaran saya, namun setelah menonton filem pertama dan kedua, saya berasa sekurang-kurangnya saya perlu menonton kesudahan siri ini. The Hunger Games : Mockingjay part 1 menyambung kisah sebelum ini di mana Katness telah diselamatkan puak pemberontak dan menjadi “maskot” kumpulan itu.

The Hunger Games : Mockingjay Part 1 [Review]
Setelah diselamatkan puak pemberontak, Katness kini menjadi simbol pergerakan pemberontokan dan menjadi “maskot” bagi meningkatkan semangat pejuang kebebasan. Beliau juga berazam untuk menyelamatan Peeta yang tidak berjaya diselamatkan dalam filem sebelum ini. Apakah beliau akan berjaya membantu pemberontak memenangi peperangan ini? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahan.

Jalan Cerita
Antara semua filem The Hunger Games, saya secara peribadi merasakan, walaupun filem ini mula menampilkan genre aksi yang lebih dewasa, dengan jet pengebom, machine gun dan banyak lagi senjata modern, jalan cerita filem Mockingjay Part 1 adalah yang paling kurang menarik. Filem kali ini memfokuskan tentang bagaimana Katness menggunakan media sebagai publisiti perjuangan.
Babak aksinya juga pendek-pendek belaka dan tidak mendebarkan, sebaliknya lebih memberi gambaran secara umum mengenai apa yang sedang berlaku dalam peperangan tersebut dan bukannya sumbangan dan usaha Katness dalam mencapai matlamatnya. Tiada perlawanan “one on one” yang dilalui oleh Katness ditampilkan.
Secara ringkasnya, jalan ceritanya lebih memfokuskan untuk menerangkan kedudukan pemberontak dan pihak kerajaan Panem di dalam konflik yang sedang berlaku di antara Panam dan wilayah jajahannya. Ia lebih mengisahkan politik berbanding aksi.

Kesimpulan
Positif
- Penampilan persenjataan modern membawa mood peperangan dalam filem ini.
- Daripada filem remaja, ia telah dipertingkatkan menjadi filem yang lebih matang.
Negetif
- Jalan cerita yang tidak begitu kuat
- Sedikit keliru samada filem ini aksi atau drama politik.
- Babak aksi yang pendek-pendek.
Secara asasnya filem The Hunger Games : Mockingjay dibikin dengan tujuan untuk menjadi asas kepada plot dalam filem seterusnya. Ia tidaklah memberangsangkan, namun perlu ditonton jika anda mahu memahami plot filem seterusnya. Saya secara peribadi tidak begitu teruja dengan filem ini, namun ia tidaklah pula teruk. Sungguhpun demikian ia perlu ditonton untuk melengkapkan jalan cerita siri filem ini. Diharap filem seterusnya lebih menarik dan mendebarkan.







2 thoughts on “The Hunger Games : Mockingjay Part 1 [Review]”