Biasanya saya jarang menonton filem animasi 3D di panggung wayang, kecuali jika filem it ternyata hebat. Jika tidak, biasanya saya mencari sumber “alternatif” untuk menonton filem tersebut. Namun memandangkan filem ini mendapat reaksi awal yang sangat baik, saya pun tidak ketinggalan untuk menontonnya.
Big Hero 6 [Review]
Filem Big Hero 6 mengisahkan seorang remaja genius dalam bidang robotik Hiro Hamada dan telah mencipta Microbots yang menrupakan robot kecil yang boleh dikawal secara berkelompok untuk melakukan sesuatu tugasan. Namun pada malam beliau berjaya mempersembahkan ciptaannya kepada pihak universiti, satu kebakaran telah berlaku, mengorbankan abangnya, Tadashi.
Selepas itu, beliau mewarisi robot penjaga kesihatan milik abangnya yang direka sebagai jururawat automatik kepada Hiro. Namun seorang penjenayah yang jahat telah muncul dan menggunakan ciptaan Microbotsnya untuk memuat kerosakkan. Hiro dengan bantuan robotnya begabung untuk melawan kuasa jahat itu. Apakah kesudhannya? Tontonlah filem ini di pawagam.
Jalan Cerita
Secara keseluruhannya, filem ini membawa tema cita-cita dan kepentingan untuk berusaha mencapainya. Hiro seorang yang bijak tetapi tiada cita-cita pada awalnya, tetapi dengan sokongannya beliau telah berjaya mencipta sesuatu.
Separuh pertama filem ini penuh dengan konflik, watak robot yang comel dan lawak jenaka yang lebih kelakar dari biasa. Memang satu panggung tidak kering gusi menonton filem ini.
Walaubagaimanapun, babak mengalahkan boss jahat agak tipikal bagi sebuah filem animasi untuk kanak-kanak, jadi, rata-rata ramai boleh mengagak kesudahannya. Tetapi babak penutupnya lain sedikit dari biasa dan mungkin tidak dijangka oleh penonton.
Kesimpulan
Positif:
- Lawak jenaka pecah perut.
- Jalan cerita yang menarik dan memberi pengajaran
- Maskot yang comel.
Negetif
- Babak lawan boss yang agak tipikal
Filem Big Hero 6 adalah sebuah filem yang menyeronokkan dan sesuai ditonton oleh semua peringkat umur termasuk kanak-kanak dan orang dewasa yang berjiwa kanak-kanak. Ia memang berbaloi dan pasti menceriakan hujung minggu anda.
1 thought on “Big Hero 6 [Review]”