Furious 7 [Review]

Setelah kematian pelakon utamanya, Paul Walker, ramai tertanya-tanya bagaimana filem Furious 7 akan diteruskan memandangkan kematiannya berlaku ditengh-tengah penggambaran. Tetapi nampaknya para pembikin filem ini berjaya melakukannya dengan baik dengan penayangan filem tersebut bermula minggu ini.

2431_D084_00234_R_CROP

Furious 7 [Review]

Furious 7 menyambung kisah Furious 6 di mana adik kepada penjenayah yang dikehendaki, Owen Shaw bernama Deckard Shaw datang membalas dendam ke atas pasukan Dominic Toretto. Beliau telah berjaya membunuh Han di Tokyo dan kini mencari ahli pasukan Dominic untuk membalas dendam.

Sementara itu seorang penggodam bernama Ramsey telah berjaya mencipta alat yang boleh menggodam semua kamera yang di dalam rangkaian internet dan menggunakannya untuk mengintip dan mencari sesiapa sahaja. Alat ini dinamakan Eye of God.

fast-furious-7-vin-diesels-facebook-picture-reveals-key-plot-details

Seorang lelaki dari pertubuhan gelap Amerika yang hanya dikenali sebagai Mr. Nobody, lakonan Kurt Russel telah menawarkan kumpulan Dominic akses kepada alat ini untuk mencari Deckard Shaw dan menghentikannya. Tetapi mereka perlu menyelamatkan Ramsey dari kumpulan tentera upahan seterusnya mendapatkan alat tersebut yang kedudukannya hanya diketahui Ramsey.

Adakah mereka akan berjaya dalam misi mereka? Sasikannya di pawagam berhampiran.

Jalan Cerita

Sejujurnya, tiada siapa menonton siri filem Furious kerana jalan ceritanya yang hebat. Sebaliknya ramai yang menontonnya kerana mahukan aksi-aksi yang mendebarkan. Filem ini tidak terkecuali. Jalan ceritanya agak ringkas dan mudah difahami dan tidak langsung ada putar belitnya. Dialognya juga penuh dengan klise dan tidak sofistiketed.

lykanhypersport1

Apa yang diberi perhatian dalam filem ini ialah aksinya yang mendebarkan dan kadang-kali melampaui hukum fizik. Babak lawannya memperlihatkan banyak kemajuan dengan kehadiran Jason Statham dan juga kemunculan mengejut Tony Jaa sebagai salah seorang ahli tentera upahan,

Penampilan pelbagai kereta sport dan kereta mewah yang akhirnya akan dimusnahkan dalam babak-babak aksi seolah-olah ia berharga RM100 untuk sedozen.

Namun yang paling menakjubkan tentang filem ini ialah bagaimana pengarah mengolah jalan ceritanya bagi mengisi kekosongan Paul Walker yang meninggal dunia di pertengahan penggambaran filem ini. Inilah perkara paling penting dalam filem ini yang handak diketahui ramai.

Pengarah berjaya mengalihkan fokus filem ini kepada Dominic dan bukan Brian (Paul Walker). Namun, penampilan Brian cukup banyak untuk penonton merasa kehadirannya, namun pada masa yang sama wataknya tidak banyak difokuskan secara dekat, malah tidak mempunyai dialog yang banyak. Ini memudahkan beliau memasukkan pelakon gantian bagi menggantikan Paul Walker dalam babak-babak tertentu. Anda tentu akan faham maksud kami apabila menonton filem ini.

paul-walker-furious-7

Produksi

Walaupun terdapat banyak kereta sport dan mewah ditampilkan dalam Furious 7, terutamanya kereta Lycan HyperSport yang berharga lebih USD3 juta, sesetengah kereta mahal yang terlibat dalam babak aksi lasak dijana oleh komputer, memandangkan kemusnahannya akan merugikan pihak pembikin lebih USD3 juta, untuk kereta tersebut.

Bercakap mengenai grafik janaan komputer, terdapat babak-babak aksi di mana grafik janaan komputernya kelihatan agak janggal dan tidak sempurna dari segi pergerakkannya. Ini mungkin satu kelemahan filem ini yang kelihatan dengan agak jelas. Namun ia boleh dimaafkan memandangkan aksi ditampilkan sangat menghiburkan.

Jason-Statham-In-Furious-7-Wallpaper-7366

Positif vs Negetif

Positif

  • Pengarah bijak mengolah filem setelah kematian watak utamanya.
  • Babak aksi yang banyak dan menghiburkan
  • Kemunculan mengejut Tony Jaa

Negetif

  • CGI yang agak kurang memuaskan
  • Jalan cerita yang ringkas dan penuh dengan klise.
  • Watak Hobbs lakonan The Rock memainkan watak sampingan sahaja dalam filem ini.

Kesimpulan

Jika anda menonton Furious 7 kerana jalan ceritanya, anda mungkin akan hampa. Namun babak aksinya cukup menghiburkan bagi mengekalkan minat penonton sepanjang filem ini. Filem ini mendapat penilaian yang baik di IMDB, namun kami merasakan ia adalah sebagai tanda hormat kepada mendiang Paul Walker. Ia setaraf dengan filem-filem lain dalam siri filem Furious.

Kami mengesyorkan anda menonton filem ini walaupun pada mulanya didapati ada penonton dari pihak media memberi penilaian agak rendah tentang filem ini.

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

1 thought on “Furious 7 [Review]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *