Insurgent [Review]

Filem-filem remaja “underdog” yang akhirnya menjadi heroin yang menyelamatkan dunia semakin banyak diterbitkan. Bermula dengan The Twilight Saga kemudian beralih kepada The Hunger Games dan Divergent. Kini bahagian kedua dalam siri filem Divergent tampil dengan sebuah filem menarik yang digelar Insurgent.

40947.cr2

Insurgent [Review]

Insurgent menyambung kisah Divergent di mana pada penghujung filem tersebut, Tris, Four, Caleb dan Peter sedang melarikan diri dari dikejar pihak Dauntless di bawah arahan Erudite. Mereka kini berlindung di perkampungan Amity sebelum memikirkan langkah seterusnya. Namun pihak Dauntless menggempur perkampungan itu dan mengejar mereka.

Semasa melarikan diri, mereka terserempak dengan sekumpulan orang Factionless yang membawa mereka kepada satu penemuan yang bakal merubah perjalanan pihak pemberontak Divergent. Apakah penemuan itu? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

insurgent_trailer_still

Jalan Cerita

Perkara pertama yang anda akan perasan setelah menonton habis filem ini ialah jalan cerita dalam filem ini kurang isinya. Tetapi tidak bermakna filem ini kurang menarik. Mungkin filem pertama banyak menerangkan latarbelakang situasi filem tersebut dan memerlukan lebih banyak isi kandungan.

Kerana tidak mahu mendedahkan spoiler, filem ini memfokuskan kepada hanya satu perkara utama. Mungkin sebab itu ia terasa agak kosong dan pendek. Walaubagaimanapun, saya tiada komplen mengenai kesudahannya, kerana filem in ditamatkan dengan baik dan anda akan berasa puas hati. Jauh lebih baik dari siri-siri filem The Hunger Games. Kesudahan pada filem Insurgent ini menamatkan cerita untuk siri ini di samping menyediakan platform untuk memulakan siri filem akan datang.

Bagi yang belum tahu, siri filem Divergent ini berasaskan buku novel dan terdapat 3 buah buku yang akan diadaptasikan menjadi filem, Divergent, Insurgent dan Allegiant.

Lakonan

Lakonan pelakon utama dalam filem ini sangat baik, seperti yang diharapkan, namun fokus utama harus diberikan kepada Shailene Woodley yang memainkan watak Tris. Secara umum beliau membawa watak itu dengan baik, namun terdapat sesetengah babak yang menampakkannya seperti seorang remaja perempuan Amerika yang tipikal. Samada disengajakan untuk memberikan penonton rasa lebih dekat dengan wataknya atau sememangnya beliau bukan seorang yang berperwatakkan lasak, tidak dapat dipastikan.

Apa pun tidak ada masalah yang ketara dengan lakonan dalam filem ini.

insurgent2

Positif vs Negetif

Positif

  • Tidak mencampur-aduk banyak isi ke dalam satu filem
  • Kesudahan filem yang memuaskan hati.

Negetif

  • Filem terasa pendek kerana isi kandungan yang sedikit.
  • Keseluruhan filem terasa mendatar dan tidak banyak babak klimaks.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, filem Insurgent ini bukanlah sebuah filem yang epik, tetapi pada masa yang sama tidaklah teruk. Namun ia mampu membuatkan saya fokus sepanjang menonton filem ini, cuma ia tidaklah mampu membuat saya teruja. Kesudahannya menarik minat saya untuk menanti filem seterusnya dalam siri Divergent ini.

IMDB

,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *