Antarabangsa

Spiderman Into The Spider-Verse: Filem Animasi Spiderman Terbaik Setakat ini

Sejujurnya, Spiderman bukanlah watak adiwira Marvel kegemaran admin terutamanya sejak filem -filem Spiderman lakonan Tobey Maguire. Namun lain pula kisahnya dengan Spiderman Into The Spider-Verse. Ia telah diacah dalam babak tersembunyi dalam filem Venom tempoh hari. Dengan sekali pandang sahaja, kami sudah tahu filem animasi ini akan menjadi sebuah filem yang menarik. Kami sempat menonton filem ini semalam dan hari ini, kami akan berkongsi pendapat kami mengenai filem ini.

Spiderman Into The Spider-Verse: Filem Animasi Spiderman Terbaik Setakat ini

Spiderman Into The Spider-Verse berlangsung dalam satu dunia Spiderman alternatif di mana terdapat lebih dari satu Spiderman dalam satu masa. Terdapat banyak dunia yang wujud selari antara satu dengan lain dan dalam dunia ini Miles Morales, seorang pelajar sekolah telah digigit labah-labah radioaktif dan mendapat kuasa seperti Spiderman pada masa yang sama, Spiderman sebenar telah wujud selama 10 tahun dan menjadi adiwira terkenal di New York.

Filem ini adalah mengenai perjalanan jatuh dan bangun Miles menjadi seorang adiwira seperti Spiderman. Untuk mengetahui kesudahannya, tontonlah filem ini di pawagam berhampiran.

Review

Tanggapan pertama mengenai filem ini memang tidak salah. Pertama sekali, ia memang satu pandangan baharu terhadap watak adiwira Spiderman dan ia sangat unik. Benar, filem-filem bertemakan interdimensi banyak diterbitkan sebelum ini, namun filem adiwira interdimensi seperti ini sememangnya unik. 

Dari segi jalan ceritanya, ia bertemakan remaja yang ingin memperbaiki diri dan membentuk keyakinan diri sebagai adiwira. Tema ini sememangnya biasa, namun cara pengolahannya sangat menarik. Ia penuh dengan lawak jenaka bersahaja dan tidak dijangka. Ia umpama gabungan filem serious Spiderman dengan filem animasi seperti Minions, Despicable Me atau Lego Movie. Kami pasti anda terhibur. Apa yang menariknya, terdapat juga cameo dari mendiang Stan Lee dalam filem ini.

Watak-watak dalam filem ini juga memang tidak dijangka boleh masuk ke dalam sebuah filem Spiderman. Memang melucukan. Tetapi kami rasakan pembikin filem ini sememangnya mengambil pendekatan santai dan tidak terlalu serious dalam mereka watak-watak dalam filem ini. Ini merupakan aspek yang paling kami sukai mengenai filem ini; ia tidak serious, walaupun mesej yang dibawanya agak serious (mengenai remaja ingin membina kekuatan diri).

Banyak lagi yang kami suka mengenai filem ini, namun kami mahu anda tonton dan ketahuinya sendiri. Pendek kata, kami jamin anda akan terhibur menonton filem animasi ini.

Spider-Verse

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita menarik dan unik.
  • Lawak jenaka bersahaja yang sangat menghiburkan.
  • Watak-watak yang menarik.

Negatif

  • Jika anda mengharapkan filem Spiderman yang serious, anda akan hampa.
  • Tidak mengikut pendekatan biasa filem-filem adiwira Spiderman.
Spider-Verse

Kesimpulan

Kesimpulannya mudah, tontonlah filem ini di pawagam dengan rakan atau keluarga. Kami jamin anda akan terhibur menonton filem ini. Noktah.

Penilaian: 9/10

IMDB

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The Latest

To Top