Mad Max Fury Road [Review]

Semalam, krew Wayangkini memperolehi dua tiket percuma dari Yes 4G bagi menonton filem Mad Max Fury Road. Walaupun sebelum ini kami tidak mengetahui latarbelakang filem ini, namun kami mendapat tahu filem ini merupakan siri keempat dalam siri filem Mad Max arahan pengarah Australia George Miller.

madmax

Mad Max Fury Road [Review]

Mad Max Fury Road mengisahkan kisah di masa hadapan di mana tamadun manusia telah runtuh dan apa yang tinggal adalah beberapa puak bersaing sesama sendiri untuk merebut sumber alam. Dalam filem ini, Mad Max dan Imperitor Furiosa merancang untuk merubah nasib dunia dengan membawa wanita-wantia “pembiak” (wantia yang sihat dan subur untuk melahirkan zuriat manusia) ke “Green place” iaitu kawasan hijau dan subur di mana Furiosa dilahirkan.

Mereka dikejar puak-puak berperang dalam perjalan ke tempat berkenaan. Adakah mereka akan berjaya sampai ke Green Place? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

DSC_3888.JPG

Jalan Cerita

Pertama sekali, jika anda tidak mengikuti filem-filem Mad Max sebelum ini, anda sudah pasti akan merasa sangat keliru apabila mula menonton filem ini kerana ia menyambung terus kisah Mad Max Beyond Thunderdome (filem ketiga dalam siri Mad Max) tanpa sebarang pengenalan dan latarbelakang situasi yang jelas.

Jadi bagi kami yang tidak pernah menonton filem-filem sebelum ini, 1 jam pertama filem ini bagaikan hanya satu siri babak-babak aksi di mana memaparkan kereta-kereta dan lori trailer yang pelik dimusnahkan dalam peperangan sesama sendiri.

mad-max-fury-road-tom-hardy-wallpapers-mad-max-epic-road-war-at-the-heart-of-fury-road-930x600

Watak-watak yang pelik dalam filem ini juga sangat pelik sehingga boleh diklasifikasikan sebagai pesakit mental.

Namun dengan tidak mengambil kira faktor di atas, babak-babak aksi dalam filem ini (sebenarnya hampir keseluruhan filem ini adalah babak aksi) dibuat dengan sangat baik dan unik sehinggakan anda akan melupakan jalan ceritanya yang sangat simplistik seakan filem 80an (bagi anda yang lahir sekitar tahun 80an dan menonton filem 80an tentu akan faham).

Bukan hendak mengatakan filem ini satu filem yang teruk, tetapi sepeti apa yang kami katakan di awal review ini, jika anda tidak menonton filem-filem Mad Max sebelum ini, 1 jam pertama filem ini agak membingungkan.

mad-max-fury-road-charlize-theron

Produksi

Pujian harus diberikan kepada pasukan produksi berjaya menghasilkan antara babak-babak aksi yang paling mendebarkan dalam filem aksi sebegini. Dilihat banyak usaha dan kreativiti dicurahkan untuk menghasilkan rekabentuk kereta yang unik dan persekitaran dan budaya masyarakat yang pelik.

Mad-Max-Fury-Road

Positif vs Negetif

Positif

  • babak aksi yang menarik yang kurang menggunakan CGI.
  • Rekebentuk kereta dan motosikal yang unik.

Negetif

  • Jalan cerita yang simplistik dan membingungkan bagi mereka yang tidak menonton filem Mad Max sebelum ini.
  • Kepelikan budaya masyarakat pada masa itu boleh mempengaruhi kesihatan mental anda.

Kesimpulan

Jika dinilai 100% dari sudut aksi, filem Mad Max Fury Road memang satu filem yang hebat. Walaubagaimanapun, jika diambil kira sudut jalan ceritanya, ramai yang akan mengeluh “WTFish” kerana filem ini sememangnya banyak dipengaruhi budaya filem 80an di mana jalan ceritanya mudah, tetapi dipenuhi aksi yang banyak.

Jika anda pernah menonton filem The Rover lakonan Robert Pattinson, filem ini mempunyai “vibe” yang sama dengan filem tersebut, dari segi jalan ceritanya.

,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

1 thought on “Mad Max Fury Road [Review]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *