The Cobbler [Review]

Filem drama komedi The Cobbler baru sahaja memulakan tayangannya di pawagam GSC dan hanya ditayangkan di pawagam berkenaan. Kami berpeluang menonton filem bajet rendah ini dan ia agak menarik.

Adam Sandler The Cobbler

The Cobbler [Review]

Filem ini menceritakan tentang seorang pembaiki kasut bernama Max Simkin yang mewarisi bakat dan kedai membaiki kasut secara turun-temurun dalam keluarganya sejak zaman nenek-moyangnya. Beliau juga mewarisi sebuah mesin membaiki kasut yang dijalankan secara manual yang hanya disimpan di stor.

Satu hari mesin membaik kasut yang digunakannya rosak akibat litar pintas dan beliau mempunyai kasut pelanggan yang perlu dibaiki dengan segera. Jadi beliau menyelongkar stornya dan menggunakan mesin membaiki kasut manual yang telah diwarisinya itu.

image

Rupa-rupanya mesin tersebut adalah mesin ajaib di mana kasut yang dibaiki menggunakan mesin itu akan mempunyai kuasa ajaib yang boleh menukarkan rupa Max menjadi pemilik kasut tersebut. Ini membuatkan Max mahu mencuba semua kasut pelanggannya untuk mengetahui rupa paras mereka. Apa yang dilakukannya dengan kuasa itu? Saksikan filem ini di pawagam GSC berhampiran.

Jalan Cerita

Jalan cerita filem ini mengikuti struktur cerita tipikal bagi sesebuah filem adam Sandler dimana watak utama seorang yang gagal dalam hidup, kemudian menemui kuasa hebat dan selepas itu timbul masalah akibat penggunaan kuasa tesebut. Selepas itu beliau terpaksa menyelesaikan masalah berkenaan.

the-cobbler-3

Bagi kami, asas jalan cerita filem ini agak menarik dan pengarah berjaya memanafaatkannya untuk membikin sebuah filem yang lucu dan memberi pengajaran. namun sampai ke satu tahap, kami merasakan banyak lagi boleh dilakukan untuk menjadikan filem ini lebih baik. Ia terasa terlalu pendek di mana ia boleh diolah menjadi filem yang lebih panjang dan mempunyai kandungan penceritaan yang lebih banyak.

Positif vs Negetif

Positif

  • Asas penceritaan yang menarik
  • Sketsa yang bijak dan lucu

Negetif

  • Kandungan penceritaan yang sedikit.
  • Kesinambungan antara isi penceritaan yang lemah.

Freemovie_CC_Movie_Screenshots_2015-03-13-13h48m39s26

Kesimpulan

Filem The Cobbler merupakan sebuah filem santai yang agak menarik dan lucu. Namun mungkin ia tidak cukup menarik untuk ditonton di pawagam, kecuali tiada filem yang lain yang anda boleh tonton. Mungkin lebih baik anda tunggu sehingga ia ditayangkan di Astro atau HyppTV.

,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *