Ingatkah lagi anda tentangs sebuah siri filem bertajuk Escape Plan? Sebenarnya filem pertama dalam siri ini agak baik, dengan Sylvester Stallone dan Arnold Schwarzenegger sebagai watak utama, malah kami tidak menyangka sebarang sekuel filem ini. Tanpa disangka dua sekuel telah diterbitkan. Filam Escape Plan The Extractors adalah skuel kedua siri filem ini. Bagaimana filem ini? Marilah baca pendapat kami mengenai filem ini.
Escape Plan The Extractors – Satu Sekuel yang Tidak Perlu
Dalam filem Escape Plan The Extractors, anak kepada Wu Zhang, Daya Zhang telah diculik oleh kumpulan professional yang tidak diketahui. Wu Zhang pemilik syarikat yang membina penjara-penjara kompleks yang menjadi fokus filem-filem Escape Plan. Shen, rakan lama Daya mendapat tahu hal ini dan mendapatkan bantuan Ray Breslin, hero filem ini untuk menyelamatkan semula Daya. Beliau dikurungkan dalam satu penjara rahsia di Eropah Timur. Mini menyelamat kemudiannya dijalankan.
Tanpa disangka, kumpulan itu menyelinap masuk pejabat Ray Breslin dan menculik kekasihnya sebelum beliau dapat bersiap untuk misi menyelamatkan Daya. Ini menjadikan misi ini dekat di hati Breslin. Dapatkah mereka menyelamatkan Daya? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.
Review
Saya kira, review ini satu review yang ringkas kerana tidak banyak dapat dikatakan mengenai filem ini. Dari awal kami telah menjangkakan ia sebuah filem aksi bajet, barangkali hanya sebagai filem “mencari makan” untuk Stallone dan 10 Cent serta sebagai pintu masuk pelakon filem aksi China, Jin Zhang untuk memasuki Hollywood.
Jalan cerita filem ini sememangnya terlalu mudah dan pembinaan karakternya agak lemah, malah beberapa watak utamanya “dimatikan” dalam keadaan yang aneh, sekaligus membangkitkan persoalan samada watak mereka benar-benar perlu atau tidak? Tambahan pula, di penghujung filem, mereka yang “masih hidup” tidak memaparkan sebarang emosi terhadap mereka yang telah “mati”, seolah-olah mereka tidak pernah wujud. Kesudahan filemnya yang tipikal, membuatkan kami merasakan filem ini seolah-olah dibikin oleh pengarah dan krew produksi yang baru sahaja keluar dari akademi perfileman.
Namun di sebalik semua kelemahan yang disebut, satu penambahbaikan yang dibawanya berbanding filem-filem sebelumnya. Dengan penyertaan Jin Zhang, mutu babak berlawan lebih tinggi kali ini, memandangkan skill kungfunya memang hebat, seperti yang dilihat dalam filem Ip Man. Itu sahaja kelebihan filem ini.
Kesimpulan
Kesimpulannya, filem ini sebenarnya dibuat untuk diterbitkan dalam bentuk DVD/Blu ray untuk tontonan di rumah. Tetapi di Malaysia, ia tayangkan di pawagam. Samada anda mahu menontonnya di pawagam, terpulanglah kepada anda. Ia akan mula ditayangkan di GSC 11 Julai ini.