Enders Game [Review]

Enders Game merupakan sebuah filem sci-fi remaja yang mengisahkan satu kisah di masa hadapan di mana bumi dalam ancaman makhluk asing yang seakan serangga dalam filem Starship Troopers. Ender Wiggin, seorang remaja dengan kepakaran strategik yang luarbiasa direkrut oleh Tentera Antarabangsa untuk memimpin armada tentera untuk melawan makhluk asing tersebut.

Enders Game

Enders Game [Review]

Ender Higgin direkrut oleh Tentera antarabangsa untuk mempimpin armada tentera antarabangasa mempertahankan bumi dari serangan makhluk asing. Beliau yang sememangnya berbakat dalam strategi dan kepimpinan dilatih bersama pasukan remaja lain yang akan menjadi pasukan kepimpinan tentera di bawah pimpinannya.

Beliau menghadapi pelbagai rintangan dan dilema semasa proses latihan. Mampukah dia memimpin tentera antarabangsa untuk mengalahkan makhluk asing? Tontonilah filem ini di pawagam berhampiran anda.

enders-game-3

Jalan Cerita dan Lakonan

Walaupun filem ini merupakan sebuah filem sci-fi yang besar, jalan ceritanya yang tidak begitu berat dan temanya lebih cenderung kepada jiwa remaja. Sebab itulah kami kategorikannya dalam filem sci-fi remaja. Malah anda boleh mengira dengan jari bilangan pelakon dewasa dalam filem ini. Sungguhpun demikian, ia masih lagi sesuai ditonton oleh golongan semua peringkat umur. Tambahan pula ia tidak ada babak ganas yang keterlaluan seperti filem yang lebih “dewasa”.

Sepertimana yang dikatakan, jalan ceritanya tidak begitu berat dan anda tidak perlu memeningkan kepala untuk memahami plot ceritanya. Namun ini tidak bermakna jalan ceritanya membosankan. Jika anda seorang dewasa, mungkin jalan ceritanya tidaklah epik, namun kami jangkakan bagi golongan remaja, ia pastinya sebuah filem yang menarik. Malah ia penuh dengan pengajaran berguna mengenai kepimpinan dan kerja berpasukan yang boleh dicontohi oleh penonton-penonton filem ini.

Plot ceritanya juga berkembang pada kadar yang selesa bagi penonton dan filem ini berakhir dengan pengakhiran yang tidak dijangka.

Enders Game

Dari segi lakonan,  sememangnya mantap dan berjaya memainkan watak Ender dengan baik. Ender merupakan seorang yang tidaklah begitu kuat, namun dia sangat bijak dan licik. Sifatnya itulah yang selalunya menyelamatkannya daripada situasi konfrentasi dengan orang yang lebih kuat secara fizikal berbanding dirinya.

Perkara yang sama boleh dikatakan mengenai pelakon tambahan yang memainkan watak mereka dengan baik. Baik juga disebut bahawa terdapat seorang watak yang beragama Islam dalam filem ini. Nampaknya Holywood sedang berusaha untuk memperbaiki sterotaip terhadap umat Islam.

Kesimpulan

Enders Game merupakan sebuah filem yang menarik, tidak kira apa jua umur anda. Walaupun ia disasarkan kepada remaja, ia masih boleh bersaing dengan filem sci-fi seperti Avatar dan Pacific Rim.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *