Carrie (2013) [Review]

Carrie (2013) merupakan filem yang dibikin semula dari filem asal yang pertama kali ditayangkan pada tahun 1978. Walupun filem asalnya dipromosikan sebagai sebuah filem seram, namun pada pendapat kami ia bukan satu filem seram, sebaliknya ia sebuah filem drama remaja supernatural kerana ia tidak cukup menakutkan untuk dipanggil sebuah filem seram.

Carrie 2013

 Carrie (2013) [Review]

Carrie (2013) berkisar tentang Carrie White, seorang remaja yang mempunyai kuasa telekinesis. Ibunya seorang ekstrimis agama yang mempercayai kuasa yang dimilikinya merupakan kuasa syaitan.

Oleh sebab dikongkong oleh ibunya, beliau menjadi seorang yang aneh dan selalu dibuli di sekolah. Setelah mencapai umur baligh, beliau mula menyedari kuasanya, malah kuasanya semakin kuat. Di sinilah mulanya segala dramanya.

Jalan Cerita dan Lakonan

Walaupun kami tidak pernah menonton filem Carrie yang asal, trailer Carrie (1976) di bawah ini sudah cukup untuk menunjukkan bahawa jalan ceritanya (dan juga beberapa babak padanya) adalah sama dengan filem Carrie (2013). Cuma ia diolah sedikit dari segi teknikal untuk disesuaikan di dalam zaman teknologi maklumat ini.

Namun, kami berasa terlalu banyak daripada jalan cerita pada filem lamanya telah diambil tanpa diolah untuk disesuaikan dengan minda penonton zaman ini. Ini menyebabkan jalan ceritanya mudah, boleh dijangka dan kadang-kala tidak munasabah jika difikirkan mengenai kelakuan remaja zaman sekarang.

trailer-carrie2-e1377716675104

Sungguhpun demikian, bagi mereka yang belum menonton filem (atau trailer) filem asal Carrie 1976, filem ini masih agak menarik dan mampu mengekalkan minat anda sehingga ke akhir filem. Namun, nasihat kami ialah tontonlah filem ini pada hari di mana tiket wayangnya murah, kerana tidak berbaloi menonton filem ini pada harga tiket penuh.

Lakonan pelakon dalam filem ini, walaupun boleh diterima, ia agak tidak realistik dan tidak natural. Lakonan watak utama Carrie dipersembahkan dengan agak baik, namun watak ibunya dilakonkan dengan agak “terlalu bersungguh” sehingga kelihatan tidak realistik.

Watak-watak tambahan pula agaknya dimainkan oleh pelakon-pelakon baru dan mungkin sebab itu lakonan mereka kurang mantap. Ia mungkin juga disebabkan oleh skrip yang tidak ditulis dengan baik.

Kesimpulan

Walaupun diolah untuk disesuaikan dengan situasi pada zaman ini, filem Carrie (2013) tidak mendapat olahan yang secukupnya untuk memenuhi jangkaan penonton zaman sekarang yang menginginkan jalan cerita yang lebih sofistiketed, biarpun ia sebuah filem seram. Sungguhpun demikian, jika anda mendapa tiket yang lebih murah, ia masih berbaloi untuk ditonton.

IMDB

Di bawah ini merupakan trailer Carrie 1978. Entah kenapa trailer ini mendedahkan hampir keseluruhan filem tersebut. Jadi, jika anda belum menonton filem baru Carrie (2013) JANGAN TONTON trailer di bawah yang mendedahkan banyak SPOILER.

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *