Tayangan Filem Baru Minggu Ini [14 Nov 2013]

Bagi anda yang tidak sabar untuk sampai ke hujung minggu, berikut adalah senarai tayangan filem baru untuk minggu ini bagi memudahkan anda merancang filem yang ingin ditonton dengan rakan atau keluarga anda.

Tayangan Filem Baru Minggu Ini [14 Nov 2013]

filem baruThe Hunger Games : Catching Fire (Inggeris) [PEMBETULAN : Filem ini akan ditayangkan di pawagam mulai 21 November. Harap maaf.]

Genre : Aksi / Pengembaraan /Sci-Fi

Selepas memenangi Hunger Games ke 74, Katniss dan Peeta pulang ke District 12 di daerah Panem. Mereka dijadualkan membuat lawatan kemenangan ke seluruh Panem. PErasaan mereka bercampur baur kerana dilihat seperti bercinta dalam perlawanan Hunger Games ke 74, namun ia tidak benar.

Sementara itu, pemberontakan berlaku di Panem semakan meruncing. Presiden Snow mengumumkan Hunger Games ke 75 adalah lebih istimewa, di mana semua pesarta diambil dari peserta sebelumnya yang telah memenangi Hunger Games edisi terdahulu.

filem baruMr & Mrs Player (Kantonis)

Genre: Komedi (18+)

Chapman To dan Chrissie Chau memainkan watak seorang lelaki dan wanita yang terkenal kerana sifat player mereka. Mereka tidak mampu mengekalkan satu hubungan untuk jangkamasa yang lama. Namun apabila kedua-duanya bertemu, mereka jatuh cinta. Tetapi memandangkan sejarah mereka yang tidak begitu baik, mereka mengambil keputusan untuk tinggal bersama bagi membuktikan kesetiaan mereka.

filem baruThe Second Sight (Thai)

Genre : Seram

Sinopsis :

Jet mempunyai keupayaan psikik luarbiasa sejak kecil dan membencinya. Dia sering diejek kerana keupayaannya itu, jadi dia mengambil keputusan untuk merahsiakannya. Lama-kelamaan dia mempelajari kegunaan baru untuk kuasanya itu, iaitu masuk kedalam minda orang lain dan mencuri rahsia mereka.

Apabila di jatuh cinta dengan seorang wantia, dia menggunakan kuasanya untuk membantu wantia itu dengan cara yang tidak sepatutnya. disitulah bermulanya musibah.

filem baruAku Pilih Kamu (Melayu)

Genre : Romantik

Sinopsis:

Kisah cinta Iskandar dan Qesya yang terjalin selama 5 tahun. Qesya mahu Iskandar berfikir tentang masa hadapan mereka dan ingin berkahwin, namun Iskandar seorang yang bercita-cita tinggi dan tidak mahu berkahwin terlalu cepat.

Ini menyebabkan bapa Qesya merasa tidak selesa dengan hubungan mereka kerana mereka bergaul tanpa ikatan yang sah. Di situlah konfilk bermula.

the_stolen_years_328x494_th1The Stolen Years (Mandarin)

Genre : Romantik

Pasangan yang baru berkahwin, He Mann dan Xie Yu terlibat dalam kemalangan motosikal kerana mereka bercium ketika menunggang. Apabila He Mann bangkit dari komanya, dia mendapati 5 tahun telah berlalu dan He Man dan suaminya telah berpisah di mana He Mann telah terlibat dalam kemalangan yang lebih serious.

Beliau mendambakan suaminya itu, tetap sedang berusaha untuk mendapatkan semula ingatannya yang telah hilang dalam kemalangan itu, beliau berpindah masuk ke rumah bekas kekasihnya dalam usaha memenangi hati suaminya daripada kekasih barunya.

free_birds_656x988_th1Free Birds (Inggeris)

Genre : Animasi Komedi

Sinopsis :

Selepas menerima pengampunan dari presiden Amerika Syarikat, Reggie hidup selesa di Camp David. Sebaliknya Jake adalah presiden dan satu-satunya ahli Turkeys Liberation Front. Selepas bersaing yang memperlihatkan Jake menculik Reggie, mereka bergabung tenaga untuk mencuri mesin masa di dalam makmal rahsia kerajaan dan balik ke masa lampau, ke perayaan Kesyukuran (Thanksgiving) pertama dan menghalang ayam belanda menjadi hidangan istimewa sempena perayaan itu.

sir_billie_164x247_th1Sir Billi (Inggeris)

Genre : Animasi Komedi Pengembaraan

Ahli veteneri tua, Sir Billi pergi berjuang menentang polis korup dan lairds untuk menyelamatkan seorang pelarian haram Bessie Boo, seekor memerang. Filem ini memaparkan pengembaraan mereka yang merangkumi pemanduang kereta, terjun bebas, dan pelbagai lagak ngeri serta pertembungan dengan kapal selam. Ia pasti menghiburkan anda.

 

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *