Sebelum anda menonton filem Dracula Untold, adalah baik jika anda membaca tentang kisah sejarah sebenar mengenai Vlad The Impailer yang merupakan watak utama dalam filem ini. Ya, Dracula merupakan satu watak benar dalam sejarah dunia, walubagaimanapun filem ini memaparkan beliau sebagai penyelamat ke atas “kekejama” tentera Othmaniah Turki.
Dracula Untold [Review]
Filem Dracula Untold mengisahkan Vlad the Impailer, raja negeri Wallachia yang merupakan negeri di bawah kuasa Empayar Othmaniah. Beliau merasakan tertekan dengan kerajaan Othmaniah yang menindas negara tersebut di mana di samping meminta ufti, ia juga meminta negeri tersebut untuk menyerahkan 1000 remaja kepada Turki untuk dijadikan tentera elit.
Kerana tidak mempunyai tentera yang banyak untuk melawan Tentera Othmaniah, beliau meminta bantuan seorang pontianak untuk mendapatkan kuasa luarbiasa untuk mengalahkan tentera Othmaniah.
Jalan cerita
Tidak ada apa-apa yang istimewa tentang jalan cerita filem ini. Ia mengikut format standard filem aksi Holywood. Ia bukan sahaja telah mengubah fakta sejarah, malah telah menampilkan pandangan yang terbalik mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam konflik tersebut. Ini sememangnya boleh diharapkan daripada Holywood yang memang berat sebelah dan berpihak kepada mana-mana pihak asalkan bukan Islam dan Hitler.
Jalan ceritanya juga memang boleh dijangka dan kadang-kala agak melampau. Sebagai contoh babak di mana beliau seorang boleh mengalahkan 1000 orang tentera Othmaniah. Namun, pengakhiran filem ini menunding kepada kemungkinan siri TV atau sekuel.
Lakonan
Lakonan dalam filem ini juga tipikal dalam sebuah filem Holywood. Yang jahat sangat jahat, yang baik terlalu baik. Tidak ubah seperti sebuah komik.
Kesimpulan
Positif
- kemungkinan ada siri TV
Negetif
- Jalan cerita yang diselewengkan dari fakta sebenar sejarah dan sangat tipikal bagi sebuah filem Holywood.
- Selepas menjadi pontianak, beliau terlalu kuat sehingga jalan ceritanya menjadi tidak munasabah.
- Filem yang kelihatan terlalu anti Islam.
Filem Dracula Untold bukanlah satu filem yang tepat dari segi fakta sejarahnya, mungkin disebabkan saya telah baca fakta sejarah sebenar mengenai Vlad The Impailer, saya lebih cenderung untuk menunding kepada kecacatan jalan cerita filem ini. Namun, jika kita tidak mengambil kira ketepatan fakta sejarahnya pun, filem ini bukanlah satu filem yang menarik. Jika anda tidak menontonnya, anda tidak berada dalam kerugian pun.
1 thought on “Dracula Untold [Review]”