Fury [Review]

Pertama kali saya menonton trailer filem Fury, saya sudah tahu, filem ini tentunya satu filem yang epik dan setelah menontonnya, ia memang tidak menghampakan. Filem ini merupakan satu filem yang berada di peringkat yang hampir sama dengan filem epik persng dunia kedua seperti Saving Private Ryan.

fury

Fury [Review]

Fury mengisahkan satu platoon kereta kebal Sherman yang terlibat dalam peperangan untuk menguasai Jerman dalam perang dunia kedua. Don ‘Wardaddy’ Collier mengetuai kereta kebal yang dipanggil Fury di mana pembantu kereta kebal mereka telah terbunuh di awal filem tersebut dan digantikan dengan recruit baru bernama Norman Ellison yang baru beberapa bulan dalam tentera. Tambahan pula beliau tidak dilatih untuk berperang, sebaliknya hanya dilatih sebagai budak pejabat dalam pasukan tentera dan bersifat pasifis, iaitu tidak suka membunuh.

Pelbagai rintangan mereka hadapi sehingga mereka diberikan tugas paling mencabar iaitu mempertahankan satu persimpangan dari dikuasai musuh. Adakah mereka akan berjaya dalam misi tersebut? Tontonilah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Fury-5

Jalan Cerita

Saya suka untuk membandingkan filem ini dengan filem Saving Private Ryan, siri TV The Pacific dan Band of Brothers kerana film-filem ini mempunyai tema yang sama. Ia memaparkan realiti peperangan yang sebenar dan bukan yang disensasikan. Adegan-adegan ganasnya juga dipesembahkan dengan begitu sahaja, tidak ditapis. Kaki putus, kepala pecah, badan berkecai, mayat digelek kereta kebal, itu semua akan dilihat dalam filem ini, jadi bersedialah apabila menonton filem ini.

Namun jika anda telah menonton filem-filem yang disebut di atas, ia sememangnya boleh dijangkakan, tetapi penonton wayang yang menonton filem ini bersama saya tentunya tidak menjangkakan tahap keganasan sebegini dalam filem ini kerana jelas kebanyakkan mereka agak terkejut.

Berbalik kepada jalan ceritanya, jalan ceritanya memang mantap, namun, seperti filem Saving Private Ryan, terdapat banyak babak bercakap yang dibuat untuk memberikan penonton penhayatan  mengenai bagaimana situasi peperangan pada masa tersebut dan bagaimana ia memberi kesan kepada watak-watak dalam filem tersebut. Namun, pada pendapat saya, jika filem ini dipanjangkan dari 2 jam kepada 3 jam, tentunya banyak lagi pengolahan yang dapat dibuat pengarah untuk memantapkan lagi filem ini kerana ia terasa sedikit pendek.

Filem ini bukan setakat sebuah filem aksi Holywood yang biasa di mana aksinya biasanya untuk hiburan, sebaliknya aksi-aksi yang ditampilkan dalam filem ini berdasarkan realiti peperangan. Apa yang digambarkan, sememangnya berlaku dalam perang dunia kedua.

356692,xcitefun-fury-movie-stills-3

Lakonan

Secara jujurnya, lakonan Brad Pitt tidaklah begitu menonjol sangat. Ini kerana lakonan kesemua watak dalam filem ini memang hebat. Mereka berjaya melakonkan watak masing-masing dengan baik, bersahaja dan realistik. Bak kata orang “berlakon macam tak berlakon”. Kebolehan Brad Pitt berbahasa Jerman juga memeriahkan lagi filem tersebut, walaupun loghatnya sedikit “out”.

Produksi

Produksi filem ini adalah antara yang terbaik dilihat. Saya percaya tidak banyak CGI yang digunakan dalam filem ini, walaupun dalam babak peperangan sengit antara kereta kebal Jerman dan Amerika. Dan babak serangan kereta kebal Amerika ke atas kedudukan Jerman di awal filem ini adalah antara yang terbaik saya pernah lihat. Anda perlu lihat sendiri untuk menghargainya. Sememangnya epik!

article-2443958-188548F900000578-982_634x423

Kesimpulan

Positif

  • Jalan cerita yang memberi kesan mendalam kepada penonton
  • Babak peperangan (kesan khas tanpa CGI) yang epik!
  • Paparan realiti peperangan yang realistik.

Negatif

  • Sungguhpun secara keseluruhan filem ini memang epik, namun ia terasa pendek. I boleh diolah lebih banyak lagi jika masa tayangannya dipanjangkan.
  • Ganas.

Filem Fury sememangnya satu filem yang boleh bersaing dengan filem Saving Private Ryan yang sudah menjadi lagenda dalam bidang perfileman dan merupakan benchmark bagi filem perang. Namun, harus diakui, tiada siapa yang mampu mengarahkan babak peperangan sehebat Steven Spielberg. Filem ini walaupun hebat, tidak menyamai kehebatan filem Spielberg itu. Paparan realiti peperangannya juga memberi mesej kepada mereka yang suka mencetuskan permusuhan dan peperangan supaya fikirkan kesan buruk peperangan kepada manusia sejagat.

IMDB

, ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *