Deliver Us From Evil merupakan salah satu filem seram yang berprofil rendah tetapi trailernya kelihatan agak menarik. Oleh sebab itu, kami mengambil kesempatan untuk menonton filem seram lakonan Eric Bana ini.
![]()
Deliver Us From Evil [Review]
Deliver Us From Evil mengisahkan seorang anggota polis, Ralph Sarchie yang menyiasat beberapa siri insiden aneh. Beliau bergabung tenaga dengan seorang padri yang luar biasa yang merupakan pakar dalam bidang menghalau syaitan atau exorcism bagi menyiasat kes-kes yang semakin kelihatan seperti kes rasukan syaitan.

Jalan Cerita
Filem ini bukanlah filem aksi, jadi ia tidak banyak mempunyai banyak babak aksi. Sebaliknya ia sebuah filem penyiasatan seram. Jalan ceeritanya berkembang dengan kadar yang baik dan tidak ada babak yang sukar difahami kerana semuanya diterangkan secara jelas.
Walaupun ia merupakan cerita seram, ia tidaklah banyak babak-babak terkejut yang tidak berpatutan. I juga tidak banyak babak supernatural yang melampau, walaupun babak terakhir memaparkan upacara menghalau syaitan yang agak ganas.
Namun secara ringkas filem ini ingin memaparkan cara penghalauan syaitan dalam agama Kristian. Tambahan pula, filem ini berdasarkan kisah sebenar yang dialami watak polis Ralph Sarchie.

Kesimpulan
Kebaikan
- Jalan cerita yang berkembang pada kadar yang baik.
- Tiada babak terkejut atau babak supernatural yang melampau.
- Menghiburkan dari segi mencabar minda. Ia tidak terlalu berat, dan tidak terlalu ringkas. Memerlukan sedikit pemahaman untuk menggabungkan fakta kes dalam filem ini.
Keburukan
- Bukanlah sebuah filem hantu epik yang akan memenangi anugerah.
- Tidaklah begitu menyeramkan sebagai sebuah filem seram.
Filem Deliver Us From Evil merupakan sebuah filem yang menghiburkan. Walaupun ia tidaklah super awesome, namun kami tidak dapat mencari kelemahan filem yang ketara yang boleh mencacatkan ceritanya. Ia bolehlah ditonton setelah semua filem utama lain telahpun anda tonton.






