Dawn of The Planet of The Apes [Review]

Saya sememangnya telah mengikuti siri filem Planet of the Apes sejak filem modern pertama lakonan Mark Wahlberg dulu. Umumnya filem ini tidaklah begitu gempak, namun jalan ceritanya agak menarik terutamanya jika memikirkan bagaimana planet mawas itu terbentuk dari planet yang asalnya dihuni manusia. Dawn of the Planet of the Apes merupakan filem prekuel kedua dalam francais filem Planet of the Apes modern.

la_ca_0403_dawn_of_planet_apes_027

Dawn of The Planet of The Apes [Review]

Jika filem yang pertama dipaparkan bagaimana seekor mawas bernama Caesar menjadi bahan ujikaji dalam menghasilkan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit otak seperti Alzheimer. Kesan sampingan ubat itu ialah Caesar atau mawas yang didedahkan kepada ubat itu akan menjadi bijak sehingga boleh belajar bahasa isyarat dan juga bahasa pertuturan manusia. Dalam filem itu, semua mawas yang didedahkan kepada ubat itu menjadi bijak dan lari ke hutan berhampiran San Francisco untuk hidup secara bebas.

Dawn of The Planet of the Apes, mawas yang bijak telah membentuk komuniti di dalam hutan berhampiran San Francisco dan hidup berdikari secara aman. Manusia pula telah hampir mengalami kepupusan akibat ujikaji virus yang telah membunuh sebilangan besar populasi manusia. Mereka yang tinggal hidup melarat di bandar San Francisco.

Dengan tidak sengaja, manusia dan mawas telah tersempak apabila sekumpulan manusia memasuki hutan tersebut bagi mencari dan menghidupkan empangan hidroelektrik untuk menghidupkan bekalan elektrik di bandar. Dari situ bermulanya konflik dan permusuhan mula tercetus.

Jalan Cerita

Jalan cerita filem ini agak cliche dan bukan suatu yang baru. Dua kumpulan yang saling tidak mempercayai antara satu dengan lain di mana sebilangan mereka cuba menyatukan kedua kumpulan itu dan sebahagian dari mereka ingin memecah-belahkan antara dua kumpulan itu. Jalan cerita yang cliche. Namun apa yang unik tentangnya ialah dua kumpulan tersebut ialah manusia dan mawas. Lebih menarik lagi mawas itu bijak dan boleh berkomunikasi dengan manusia Walaupun budaya mawas ini agak primitif, mereka jauh lebih kuat dan lincah berbanding manusia, ini membuatkan manusia takut dengan mawas.

Apa pun, jalan ceritanya tidak begitu berat dan sesiapa pun boleh memahaminya, walaupun tidak menonton filem pertama. Bagaimana kesudahan filem ini? Tontonlah di pawagam berhampiran anda.

dawn-planet-apes

Produksi

Paling hebat mengenai filem ini ialah penampilan mawas, di mana semuanya menggunakan CGI dengan bantuan lakonan manusia. Mawasnya kelihatan sangat realistik dari segi pergerakan dan rendering. Kadang-kadang kita terlupa kita sedang menonton filem CGI.

Kajian mendalam juga telah dilakukan terhadap mawas bagi memastikan perilaku mawas secara kolektif dipaparkan dengan tepat yang mungkin. Sebagai contoh, mawas akan tunduk dan menghulurkan tangan bagi menunjukkan bahawa dia akur kepada seorang ketua. Pergerakan berjalan mawas juga telah dipaparkan dengan baik di mana ia berjalan dengan terenjut-enjut kerana kaki mereka berbentuk sama dengan tangan mereka.dawn-of-the-planet-of-the-apes-trailer-00

Kesimpulan

Kelebihan

  • CGI yang realistik
  • jalan cerita yang mudah difahami dan menghiburkan
  • paparan perilaku mawas yang agak tepat dengan realiti.

Kelemahan

  • Jalan cerita yang agak cliche dan boleh diagak.
  • Tidak banyak babak aksi yang mendebarkan.

Filem Dawn of The Planet of The Apes merupakan sebuah filem low profile, tetapi sangat menarik. Bagi mereka yang mengikuti filem pertama, filem ini wajib ditonton oleh anda. Bagi yang lain, filem ini tidaklah gempak seperti filem aksi bajet besar yang lain, namun jalan cerita yang diketengahkan agak menarik dan jika tidak diletakkan harapan menggunung tinggi, anda akan terhibur dengan filem ini. Pengajaran yang ditonjolkan dalam filem ini ialah tak kira apa kaum pun, tentu terdapat golongan yang baik dan golongan yang jahat. Anda tidak boleh mengatakan semua dari satu kaun itu baik atau semua dalam satu kaum itu jahat.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *