Contracted [Review]

Beberapa minggu ini merupakan jangkamasa di mana tidak terdapat filem berprofil tinggi dilancarkan di Malaysia. Namun, kami berpeluang menonton sebuah filem berprofil rendah bertajuk Contracted.

contracted

Contracted [Review]

Seorang pengkritik filem memberi komen mengenai filem ini. Beliau menyebut bahawa jika filem Jaws menyebabkan orang takut untuk pergi ke laut kerana takut dimakan ikan jerung, filem Contracted ini akan menyebabkan orang takut untuk melakukan seks bebas, kerana takutkan penyakit misteri seperti digambarkan dalam filem ini.

Filem ini mengisahkan seorang pemudi, Samantha, yang telah di goda lelaki yang tidak dikenalinya di sebuah partinya sehingga melakukan seks bebas. Keesokan harinya dia menyedari dia sepeti dijangkiti penyakit kelamin. Naumn ia sebenarnya bukan penyakit biasa.

Contracted3

Jalan Cerita [SPOILER ALERT]

Saya sangkakan semua aspek filem zombie telahpun diceritakan di dalam pelbagai filem Hollywood, namun, aspek yang diceritakan dalam filem ini sedikit berbeza. Ia menceritakan bagaimana sejenis penyakit misteri disebarkan dan simptom-simptomyang dilalui Samantha akibat terkena penyakit ini.

Secara keseluruhannya, filem ini dipenuhi pelbagai babak yang menjijikkan berkaitan simptom-simptom penyakit misteri yang dijangkiti Samantha dan simptomnya semakin lama semakin banyak. Ia juga menceritakan masalah-masalah perhubungan yang dilaluinya akibat daripada menyorokkan keparahan penyakitnya itu.

Contracted-Slider

Lakonan

Ternyata pelakon-pelakon dalam filem ini bukanlah pada gred tertinggi, namun mereka tidaklah begitu teruk. Pelakon utamanya melakonkan wataknya dengan baik, walaupun jika dinilai dari segi realisme, banyak boleh dipersoalkan.

Contohnya reaksi Samantha apabila penyakitnya semakin teruk adalah aneh dan tidak menggambarkan apa yang mungkin dilakukan oleh orang sebenar. Namun itu bukan salahnya, dia hanya mengikut skrip.

Kesimpulan

Kebaikan

  • suatu cara alternatif bagi tidak menggalakan muda-mudi melakukan seks bebas
  • Kesan darah dan penyakit yang sangat meyakinkan.

Keburukan

  • kelakuan aneh watak-watak yang memberikan reaksi yang tidak munasabah walaupun tahu mereka berpenyakit. Ini mengurangkan realism filem tersebut.
  • filem ini merimaskan kerana terlalu banyak memaparkan dadah dan kemurungan yang dihadapi Samantha akibat penyakit tersebut.

Secara keseluruhan, kami tidak merekomenkan anda menonton filem ini, terutamanya jika anda merancang untuk makan selepas menonton filem ini. Ia banyak memaparkan kemurungan watak utama dari masa dia terkena penyakit misteri tersebut sehingga dia menjadi zombie.

Ia boleh menjadi prekuel kepada filem/siri TV zombie seperti The Walking Dead atau World War Z, namun ia tidak begitu menarik seperti rancangan/filem tersebut.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *