Kami tidak biasanya rekomen untuk menonton filem komedi di panggung wayang, namun trailer filem A Million Ways To Die In The Wild West telah menarik minat kami untuk menontonnya.

A Million Ways To Die In The Wild West [Review]
A Million Ways To Die In The Wild West adalah sebuah filem “dark comedy’ berkisarkan seorang penternak biri-biri di wild west, Albert Stark, yang ditinggalkan kekasihnya untuk seorang lelaki yang lebih kaya.
Demi “membalas dendam” kepada kekasihnya, dia bersekongkol dengan Anna, yang pada mulanya dia tidak tahu adalah isteri kepada penjenayah paling dahsyat di kawasan itu, Clinch, dan berpura-pura mereka sepasang kekasih.
Jalan Cerita
Seperti mana-mana filem komedi, jalan cerita filem ini sangat ringkas dan mudah difahami. Ia dipenuhi banyak babak-babak lucu terutamanya bagaimana nyawa manusia di wild west boleh melayang kerana perkara-perkara mudah. Malah ini menjadi ciri utama filem ini yang menjadikan filem ini lucu.
Filem ini juga mempunyai unsur lawak lucah, walaupun kebanyakannya telah ditapis keluar, jadi ia tidak sesuai bagi mereka berumur 18 tahun ke bawah.
Namun, di sebalik lawak lucah dan penampilan mengejut seorang yang tidak disangka di tengah-tengah filem ini, A Million Ways To Die In The Wild West memberi pengajaran untuk lebih menghargai diri dalam sebuah perhubungan kekasih.

Kesimpulan
Kebaikan
- Lawak bersahaja yang langsung tidak dapat dijangka walaupun ia sepatutnya tidak kelakar (sebab itu ia dinamakan dark comedy).
- Pelakon-pelakon utama berlakon dengan natural dan tidak mecuba terlalu keras untuk menjadi kelakar.
- Penampilan mengejut watak dari filem lain di tengah-tengah filem ini.
Keburukan
- Lawak lucah, namun kebanyakannya telah ditapis.
Filem A Million Ways To Die In The Wild West, atau mana-mana filem komedi pun sememangnya jarang mendapat sambutan besar-besaran dan biasanya dilupakan tidak lama selepas penayangannya. Sungguhpun demikian, ia merupakan sebuah filem yang menghiburkan dan sesuai ditonton untuk melepaskan stress di akhir minggu kerja yang sibuk.






