Code 8 – Filem Orang Berkuasa Luarbiasa Kurang Menyerlah

Filem Code 8 baru memulakan tayangan minggu ini dan tema sci-fi orang berkuasa luarbiasa sememangnya menarik minat kami untuk menontonnya. Kami berpeluang menonton filem ini baru-baru ini dan kami ingin berkongsi pendapat mengenainya.

Code 8 – Filem Orang Berkuasa Luarbiasa Kurang Menyerlah

Filem Code 8 mengisahkan dunia di mana terdapat segolongan orang yang mempunyai kuasa luarbiasa seperti kuasa api, elektrik, menyembuh dan lain-lain. Golongan ini pada mulanya diterima masyarakat kerana mereka berguna sebagai tenaga kerja yang efisyen kerana kuasa luarbiasa mereka. Namun setelah automasi perindustrian berlangsung, tenaga kerja mereka kurang diperlukan dan kebanyakan mereka hidup melarat.

Filem ini mengisahkan Connor Reed, salah seorang yang mempunyai kuasa luarbiasa yang terjerumus ke kancah jenayak akibat kemiskinan dan terdesak untuk membayar kos perubatan ibunya yang sakit tenat.

Dapatkah beliau membantu ibunya? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Sebenarnya tema filem Code 8 ini bukanlah satu yang baru, namun pembikinnya membuat percubaan baik untuk menjadikan latarbelakang filem ini unik dan mendalam. Sedikit-sebanyak, pembikin filem ini berjaya melakar satu dunia yang mendalam mengenai orang-orang berkuasa luarbiasa ini, beserta pihak berkuasa yang sentiasa mencurigai kebolehan mereka.

Code 8

Sejujurnya dunia yang mereka berjaya cipta ini agak menarik. Ia penuh dengan karekter dengan kuasa berlainan, klasifikasi berlainan dan kekuatan berlainan. Mereka juga bukanlah kebal dari sebarang senjata. Di pihak polis pula, mereka mempunyai robot khas yang dicipta untuk menguatkuasakan undang-undang ke atas orang berkuasa luarbiasa itu. Jadi kuasa antara manusia biasa dan orang berkuasa luarbiasa boleh dikatakan seimbang.

Code 8

Apa yang tidak dieksploitasi dengan baik ialah jalan cerita filem ini yang berkisar mengenai Connor Reed dan kumpulan penjenayahnya yang melakukan pelbagai jenayah untuk mendapatkan wang/ dadah bagi mengekalkan kelangsungan hidup. Jalan ceritanya mudah dan boleh dijangka, terutamanya bagi mereka yang biasa menonton filem aksi sebegini.

Daripada kesudahannya penonton boleh menyimpulkan bahawa para pembikin sebenarnya ingin menubuhkan asas atau latarbelakang dunia Code 8 dengan hajat untuk membikin sequel-sequal yang lebih banyak selepas ini. Namun kami rasa ia bergantung kepada sambutan filem ini. Pada pendapat kami filem ini berjaya menubuhkan satu asas kukuh untuk filem-filem sekuel, namun jalan cerita yang boleh dijangka mungkin tidak dapat menarik minat penonton yang cukup bagi menjustifikasikan satu atau dua sekuel akan datang.

Positif vs Negatif

Positif

  • Latarbelakang dunia yang agak menarik.
  • Aksi dan CGI yang baik.
  • Watak-watak yang agak kuat.

Negatif

  • Jalan cerita yang boleh dijangka dan merupakan dealbreaker.

Kesimpulan

Filem Code 8 sememangnya satu filem yang berpotensi untuk pergi jauh, namun jalan ceritanya yang boleh dijangka mungkin menjadi penghalang kepadanya untuk pergi ke mana-mana. Mungkin para pembikin boleh mempertimbangkan untuk memasukkan sekuelnya ke dalam rangkaian Netflix atau mana-mana perkhidmatan strim popular. Itu mungkin akan menyelamatkan filem ini dari pupus.

Penilaian – 6/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *