Walaupun diseleubungi kontroversi, filem thriller politik yang diarahkan oleh Ben Affleck, Argo, telah berjaya memenangi anugerah filem terbaik di anugerah Oscar. Walaupun kesahihan kejadian yang digambarkan dalam filem ini dipersoal, WayangKini akan melihat ia dari aspek sebuah filem, bukan sebuah dokumentari sejarah.
Argo : Thriller Politik Yang Mendebarkan [Review]
Argo berlatarbelakangkan zaman revolusi Iran di mana para penyokong revolusi telah menawan kedutaan Amerika Syarikat di Tehran dan mengambil pekerja kedutaan sebagai tawanan. 6 orang daripada staff kedutaan telah berjaya melarikan diri tanpa diketahui. Mereka berlindung di kediaman duta Kanada.
Seorang agen CIA ditugaskan untuk membawa mereka keluar dari Iran dengan berpura-pura menjadi penerbit filem dan menggunakan passport Kanada untuk melindungi identiti staf kedutaan dan membawa mereka keluar dari Iran.
Filem ini menceritakan bagaimana agen CIA tersebut berjaya melakukan operasi tersebut dengan benar-benar membuat produksi awal filem yang dipanggil Argo di Holywood dan mempromosikannya di media massa demi memperdaya pihak Iran untuk mempercayai ia adalah sebuah filem sebenar yang dirancang untuk dirakam di Iran.
Sinematografi
Jalan cerita filem ini, seperti yang dikaakan dalam kontroversi yang menyelubunginya telah diolah untuk menambahkan lagi drama kepada filem ini. Sesetengah orang tidak suka pengolahan seperti ini, namun sejujurnya, tidak ramai yang suka menonton dokumentari sejarah dalam panggung wayang.
Sebahagian besar babak-babak dalam filem ini dilakukan di Tehran dan gambaran yang diberi kepada Tehran adalah satu yang sram dan ganas. Tidak dapat dipastikan samada ini adalah keadaan Tehran pada masa itu, namun inilah gamabaran yang diberi.
Lakonan
Lakonan semua pelakon dalam filem ini sangat baik. Pelakon tambahan yang berlakon sebagai ahli revolusi juga memainkan watak mereka dengan baik dan realistik dengan tingkahlaku yang ganas dan menakutkan.
Produksi
Produksi filem ini sangat teliti di mana beberapa babak di dalam filem ini diambil terus daripada foto sebenar semasa kejadian di Tehran pada masa revolusi di sana.
Agak menarik melihat babak di Amerika dan di Iran menggunapakai props zaman 80an terutamanya kereta-kereta zaman tersebut.
Kesimpulan
Argo merupakan sebuah thriller politik yang menarik dan mendebarkan. Walaupun begitu, kami tidak nampak kenapa ia boleh memenangi anugerah filem terbaik Oscars. Pada pendapat kami, Life of Pi lebih sesuai sebagai filem terbaik.
Namun ia masih sebuah filem yang patut ditonton bagi peminat filem politik