Antebellum – Filem Thriller Berkaitan Kaum Kulit Hitam Amerika [Review]

Pada mulanya admin kurang berminat menonton filem Antebellum ini, tetapi memandangkan tiada filem lain di pawagam yang admin ingin tonton, admin mencuba nasib menonton filem ini walaupun review di USA tidaklah begitu memberangsangkan. Namun apa yang baiknya, filem ini dibikin oleh produser filem Us dan Get Out, bermakna kami boleh lebih kurang mengagak jenis filem yang bakal kami tonton ini bedasarkan filem-filem terdahulu itu.

Antebellum – Filem Thriller Berkaitan Kaum Kulit Hitam Amerika [Review]

Antebellum mengisahkan seorang pejuang hak asasi kaum kulit hitam Amerika yang terperangkap dalam satu realiti yang menakutkan dan harus melarikan diri sebelum terlambat. Untuk pengetahuan anda, Antebellum merujuk kepada zaman di Amerika antara tahun 1836 hingga 1860 di mana berlakunya peperangan saudara di Amerika antara pihak Confederate dan Union, dan satu perkara yang menjadi rebutan dalam peperangan ini adalah hak untuk menggunakan buruh di kalangan hamba orang kulit hitam.

Review

Jika anda telah menonton filem Us yang telah kami review tidak lama dahulu [kilk di sini], anda memang boleh mengharapkan satu pengalaman yang aneh dengan menonton filem Antebellum, sepertimana dalam filem tersebut. Sukar untuk kami ulas jalan ceritanya tanpa mendedahkan spoiler, namun apa yang boleh kami katakan mengenai jalan ceritanya, ia diolah dengan unik bagi menambahkan debaran dan misterinya.

Beginilah jalan ceritanya yang menyebabkan filem ini unik. Act 1 (bahagian 1) filem ini sebenarnya berlaku selepas Act 2 (bahagian 2) dan sebelum menonton Act 2, sangkaan anda mengenai jenis filem ini adalah sangat berbeza daripada jangkaan anda semasa menonton Act 1. Selepas menonton Act 2, barulah anda faham apa yang sebenarnya berlaku dalam Act 1. Inilah yang menyumbang kepada debaran dan misteri filem ini dan pengarah berjaya mengolah filem ini sebegitu rupa hingga penonton merasakan seolah-olah menonton 2 filem sekaligus.

Satu lagi ciri filem ini yang menyerupai filem Us dan Get Out ialah filem ini jelas sekali mempunyai bajet yang rendah secara reletif. Ia tiada letupan besar, adegan kejar-mengejar atau lagak ngeri yang mendebarkan. Kekuatan filem ini bergantung kepada jalan ceritanya serta lakonan yang terbaik dari para pelakonnya.

Pendek kata filem Antebellum merupakan sebuah filem thriller yang menarik dan putaran plotnya, walaupun agak bijak, tidak memerlukan anda memecahkan kepala untuk memikirkannya. Sesiapa sahaja boleh memahaminya, tetapi mungkin memerlukan masa untuk penonton mempercayai putaran plotnya kerana perbezaan latarbelakang dalam Act 1 dan Act 2 sedikit mengelirukan. Semasa menonton Act 1, minda penoton telah set pada satu tanggapan, kemudian Act 2 membuktikan tanggapan itu salah sama sekali. Memang tak dijangka.

Walaubagaimanapun, mesej mengenai hak asasi kaum kulit hitam Amerika kurang jelas dalam filem ini, jika ada. Admin tidak arif tentang perkara tersebut, jadi admin tidak mahu komen tentangnya.

Antebellum

Positif vs Negatif

Positif

  • Putaran plot yang tidak dijangka
  • Lakonan mantap

Negatif

  • Mesej “social justice” yang kurang jelas.

Antebellum

Kesimpulan

Filem Antebellum merupakan sebuah filem yang baik dari segi struktur jalan ceritanya. Sepanjang menonton filem ini penonton tertanya-tanya filem ini berasaskan zaman mana? Zaman moden atau zaman Antebellum? Namun, secara keseluruhannya, ia tidak cukup mendalam untuk menjadi sebuah filem yang hebat. Sebagai contoh, tidak banyak didedahkan mengenai organisasi jahat yang dipaparkan dalam filem ini, apakah motif mereka dan apa “endgame” mereka? Kami rasa, perkara-perkara ini adalah antara perkara yang menyekat filem ini dari mendapat pujian ramai. Sungguhpun demikian, kami tetap merekomen anda menonton filem ini kerana keunikan jalan ceritanya.

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10

Nilai hiburan –7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 7/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *